HomeUtamaKuota perjawatan guru agama di Sabah masih kurang

Kuota perjawatan guru agama di Sabah masih kurang

Read Time:1 Minute, 16 Second

KENINGAU : Penglibatan anak-anak Sabah dalam bidang pengajian agama dilihat masih kurang untuk mengisi kuota jawatan guru pendidikan agama di negeri ini.

Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, kuota perjawatan itu perlu diisi oleh warga tempatan bagi memastikan kekosongan yang ada dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

“Pada ketika ini saya melihat ianya masih berkurangan dan memerlukan bantuan daripada guru-guru dari Semenanjung.

“Justeru, beberapa langkah telah diambil untuk membuat persediaan kepada perkara ini termasuklah menjalin kerjasama dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Institut Perguruan Guru (IPG) di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Sukan Sekolah-sekolah Menengah Agama Negeri (MSSMAN) di Kompleks Sukan Keningau di sini semalam.

Mohd Arifin berkata, antara langkah yang diambil adalah melaksanakan kursus perguruan dan ijazah pendidikan di IPG selain jalinan kerjasama dengan Fakulti Pengajian Islam dan Fakulti Pendidikan di UMS.

“Selain itu, kita juga bercadang untuk menambah pelajar dalam bidang pengajian Islam di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negeri,” katanya.

Mengulas penganjuran aktiviti sukan yang diadakan, Arifin berharap agar program seumpama itu akan menjadi wadah kepada pelajar bagi mengeratkan perpaduan selain memilih peserta berbakat untuk bertanding di peringkat Kebangsaan.

Pada majlis berasingan, Arifin turut menyaksikan penyampaian sumbangan dari Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dan Perbadanan Baitulmal Negeri sabah (PBNS) masing-masing sebanyak RM5,000 dan RM2,000 kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau dan Pejabat  Pendidikan Daerah (PPD) Keningau.

Sumbangan itu adalah bersempena program Walkabout Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah (WAM2Care) ke daerah Keningau.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : 12 elemen penting diberi tumpuan tingkat potensi belia...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya