HomeUtamaESSCOM laksana Op Gasak Laut Khamis ini

ESSCOM laksana Op Gasak Laut Khamis ini

Read Time:1 Minute, 13 Second

KOTA KINABALU : Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) akan melaksanakan Operasi GASAK Laut (Bagang) secara bersepadu melibatkan beberapa agensi penguatkuasaan pada Khamis ini.

Operasi itu akan melibatkan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Taman-Taman Sabah (TTS) dan Jabatan Perikanan Sabah (JPS).

Komander ESSCOM Deputi Komisioner Hamzah Ahmad berkata, operasi itu adalah bagi merobohkan bagang-bagang yang dibina secara haram di perairan Daerah Kudat.

Katanya, berdasarkan pemantauan pihak berkuasa mendapati pembinaan bagang-bagang haram itu semakin bertambah di perairan tersebut dan dibimbangi akan menimbulkan ancaman kepada keselamatan negara serta kesejahteraan masyarakat khasnya di perairan Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone).

“Operasi akan dijalankan mengikut peruntukan Seksyen 48 (1) (j), Enakmen Taman Taman Sabah 1984 (Pindaan 2007), Seksyen 11(3)(c), Akta Perikanan 1985 dan undang-undang lain yang berkaitan.

“Selain itu, pihak penguatkuasa Taman-Taman Sabah dan Jabatan Perikanan Sabah akan mengeluarkan Notis Pengosongan dan Perobohan ke atas bagang-bagang haram semasa operasi dilaksanakan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Hamzah berkata, mana-mana individu atau pihak yang mempunyai bagang haram di sepanjang perairan pantai timur Sabah adalah dinasihatkan untuk segera mengosong dan merobohkan struktur berkenaan sebelum pihak berkuasa mengambil tindakan.

Sehubungan dengan itu, beliau berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan struktur atau bagang haram di perairan ESS Zone boleh melaporkan segera ke Pusat Operasi ESSCOM di talian 089-863 181 atau melalui aplikasi Whatsapp di talian 011 63311072.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Kerajaan tidak benarkan pembinaan Rumah SMJ dibina di...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya