HomeUtama'Cultural Pit Stop' buka ruang pengusaha tempatan pasarkan produk, tambah nilai tarikan...

‘Cultural Pit Stop’ buka ruang pengusaha tempatan pasarkan produk, tambah nilai tarikan pelancongan

Read Time:1 Minute, 39 Second

KOTA BELUD : Program Hentian Budaya yang dilaksanakan di Galeri Etnik Cawangan Kota Belud merupakan satu inisiatif bagi menambah nilai tarikan pelancongan khususnya pelancongan budaya di daerah ini.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Arifin berkata,pelaksanaan program itu juga akan dapat membuka ruang dan peluang kepada pengusaha tempatan untuk  memasarkan produk-produk mereka.

“Kini, terdapat beberapa tarikan baru yang telah dibuka di kawasan galeri Etnik Kota Belud. Hal ini secara tidak langsung telah menambah nilai tarikan pelancongan terutamanya pelancongan budaya di sini.

“Pelaksanaan program ini juga akan dapat membuka ruang dan peluang kepada pengusaha tempatan untuk memasarkan produk-produk mereka,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Hentian Budaya di Galeri Etnik Cawangan Kota Belud di sini semalam.

Jafry berkata, program itu merupakan hasil usaha Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS) dalam mengangkat semula industri pelancongan tempatan melalui pengisian aktiviti kebudayaan.

Katanya, program berkonsepkan pengalaman budaya ini akan dirasai oleh setiap pengunjung dengan menaiki kuda Bajau berhias yang begitu popular di dareah Kota Belud ataupun dikenali sebagai ‘Cowboy Town’.

“Selain menaiki kuda, program akan diikuti aktiviti sampingan seperti pelamin pengantin, jualan produk tempatan dan sebagainya.

“Pelaksanaan program ini yang dijangka berlangsung sepanjang tahun menunjukkan bahawa pihak LKNS begitu komited dalam memartabatkan aspek kebudayaan dan kesenian sejajar dengan usaha memajukan sektor perlancongan menerusi kekayaan warisan budaya etnik di negeri ini,” katanya.

Sehubungan itu Jafry berkata, dalam memastikan budaya suku kaum di negeri ini terus terpelihara, keunikan ini sememangnya memiliki potensi yang cukup baik untuk dikembangkan kerana ia merupakan khazanah warisan yang tidak ternilai harganya.

“Sebagai Menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal pelancongan, kebudayaan dan alam sekitar di Sabah, saya amat mengharapkan penglibatan dan kerjasama daripada semua badan kebudayaan untuk terus komited dalam mengukuhkan kebudayaan di Sabah.

“Semoga pengisian program dalam Program Hentian Budaya ini dapat memartabatkan kebudayaan etnik di Sabah. Besarlah harapan saya agar Cultural Pit-Stop di Kota Belud ini akan berkembang dengan lebih maju lagi dan menjadi salah satu destinasi hotspot di Sabah,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan Sabah sedia pelbagai bantuan pendidikan, pastikan rakyat mampu bersaing

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular