HomeUtamaPolis Sabah pandang serius isu waris Sulu rekrut rakyat di Lahad Datu

Polis Sabah pandang serius isu waris Sulu rekrut rakyat di Lahad Datu

Read Time:38 Second

KOTA KINABALU : Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius isu tular mengenai dakwaan waris Sulu sedang aktif merekrut rakyat di Lahad Datu.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah berkata, dakwaan itu tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Katanya, hasil siasatan dan risikan polis mengesahkan bahawa tidak wujud kumpulan yang merekrut rakyat warganegara Filipina berketurunan Sulu di negeri ini.

“Walau bagaimanapun, pihak polis sedang menjalankan siasatan berkaitan kumpulan yang mengeluarkan dokumen Sulu Sultaniyah Darul Islam (SSDI) dengan mengenakan bayaran tertentu.

“Kumpulan ini merupakan orang perseorangan yang bertindak mengambil kesempatan atas tujuan keuntungan peribadi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, Polis Sabah turut menegaskan kepada mana-mana pihak atau individu agar tidak menyebarkan sebarang berita atau maklumat tidak sahih yang boleh menimbulkan kegusaran awam.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular