HomeEkonomiPenternak Gesa Kerajaan Henti Import, Buka Eksport Ayam Segera 

Penternak Gesa Kerajaan Henti Import, Buka Eksport Ayam Segera 

Read Time:2 Minute, 24 Second

KUALA LUMPUR: Tindakan kerajaan melakukan sekatan eksport ayam dilihat memberi tekanan terhadap pemain industri kecil dan sederhana, dimana keadaan ini mewujudkan keadaan memaksa untuk bersaing sesama sendiri.

Pengarah Urusan Bismi Empire Sdn Bhd, Mazlina Kamarudin MK menegaskan demi meneruskan kelangsungan perniagaan, rata-rata penternak ayam kecil dan sederhana kini ‘dipaksa’ menjual ayam pada harga rugi namun dalam masa yang sama tetap tidak dapat menampung kos.

Ditambah pula dengan lambakan ayam, Mazlina percaya keadaan ini akan menjejaskan peniaga kecil yang kebanyakkan dalam kalangan orang Melayu.

Ini kerana, ayam import kebiasaannya dijual di pasaraya dengan harga yang lebih murah, menyebabkan peniaga kecil-kecilan terpaksa mengambil langkah yang sama bagi mengelakkan ayam tidak laku walaupun mereka mengeluarkan modal yang mahal.

“Bekalan untuk ayam hidup kini mengalami lambakan di pasaran, malah saiz ayam itu sendiri meningkat sehingga menjadi tiga kilogram untuk seekor. Sudah tentu dengan saiz besar begitu sukar untuk penternak jual di pasaran. 

“Situasi lambakan ini juga menyebabkan pemborong mula menekan penternak untuk mendapatkan harga kos yang tidak masuk akal,” katanya.

Menteri pertanian dan industri makanan ketika melawat ke ladang ayam milik bismi di Kedah baru-baru ini

Untuk rekod berkuatkuasa 1 Jun lalu, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) telah melaksanakan sekatan eksport ayam melibatkan bekalan ayam sebanyak 3.6 juta ekor sebulan.

Ia merupakan sebahagian intervensi untuk mengukuhkan sekuriti bekalan makanan negara yang bertujuan menyumbang kepada kestabilan harga makanan.

Sementara itu menjelaskan lebih lanjut, Mazlina berkata kebanyakan penternak di negara ini telah menyahut gesaan kerajaan untuk mencukupkan bekalan ayam dan dalam masa yang sama mengawal harga.

“Kami sendiri tidak mengurangkan kemasukan ayam, malah menyahut saranan kerajaan untuk memastikan bekalan ayam cukup. 

“Mengenai subsidi ayam yang diberikan kerajan, bukan sahaja penternak kecil, malah ada juga penternak yang di bawah syarikat besar keluar dengan menyahut saranan kerajaan untuk berdikari. 

Pengarah Urusan Bismi Empire Sdn Bhd, Mazlina Kamarudin MK

“Namun kerana tiada pasaran menjadikan mereka panik sehingga mereka menawarkan harga rendah dan akhirnya harga ayam menjadi rendah seperti sekarang.

“Mengenai sekatan eksport, ia sebenarnya sedikit mengganggu bekalan ayam di Malaysia. Kerana itulah terjadi limpahan ayam seperti yang berlaku di Johor yang akhirnya menyebabkan limpahan bekalan ke bahagian tengah dan ke utara.

“Keadaan ini menyebabkan penternak ayam di Kuala Lumpur terpaksa bersaing dan mereka terpaksa jual ayam pada harga yg rendah sebab mereka dah tiada jalan lain.

“Jadi saya mohon kurangkan sekatan sebanyak 50 peratus dahulu. Di samping itu beri amaran kepada penternak supaya bekalan di dalam mencukupi dan tidak berlebihan. Jika berlaku lebihan seperti sekarang inilah akhirnya akan membunuh penternak,” tegasnya.

Sehubungan itu Mazlina menggesa kerajaan mendengar suara mereka yang di lapangan untuk mengelakkan hal yang lebih teruk berlaku.

Antaranya menggesa menghentikan import ayam dari luar dengan mendesak pembeli membeli ayam daripada penternak tempatan memandangkan kumpulan ini adalah mereka yang menjamin sekuriti makanan negara. 

Dalam masa yang sama kerajaan sendiri perlu membeli bekalan ayam daripada penternak tempatan sebagai stok penimbal.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerjasama SPSB, DPW menjadikan Sabah sebagai hab transhipment

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya