HomePolitikPBS mahu Kerajaan GRS segera luluskan RUU Antilompat Parti di DUN Sabah

PBS mahu Kerajaan GRS segera luluskan RUU Antilompat Parti di DUN Sabah

Read Time:1 Minute, 17 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) digesa untuk segera meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Antilompat Parti di peringkat negeri Sabah.

Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, perkara itu perlu dilaksanakan dalam tempoh dua bulan akan datang.

Katanya, parti itu juga mempunyai tujuh wakil yang sedia mengetuai pembentangan enakmen Undang-Undang Lompat Parti pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

“Enakmen yang diluluskan di Dewan Rakyat tidak terpakai di dalam DUN Sabah mahupun Sarawak.  Maka penting bagi kedua-dua negeri ini membentangkan undang-undang tersebut di peringkat negeri masing-masing.

“Satu sidang khas mesti dipanggil untuk meluluskan undang-undang ini diperingkat negeri dalam tempoh 60 hari akan datang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Maximus berkata, selepas 37 tahun, pihaknya menyifatkan RUU yang diluluskan itu umpama mimpi yang menjadi kenyataan selain pengiktirafan kepada perjuangan parti bagi memastikan kestabilan politik bukan hanya di negeri malah kepada negara.

Katanya, sebagai antara parti yang memperjuangkan undang-undang Antilompat Parti, PBS sentiasa menentang tingkah laku sedemikian sekali gus menyifatkan budaya katak (lompat parti) sebagai politik yang berdosa dan tidak berprinsip.

“PBS cuba menghentikan budaya lompat parti dengan meluluskan undang-undang dalam dewan undangan negeri pada tahun 1988 untuk menghalang ADUN daripada keluar parti tetapi ia diisytiharkan batal dan tidak sah oleh Mahkamah Tinggi.

“Kini kerja keras pemimpin PBS nampaknya membuahkan hasil,” katanya.

Melangkah ke hadapan, Ongkili percaya bahawa dengan lulusnya RUU itu yang dijangka diwartakan pada September tahun ini, kestabilan politik akan pulih dan mewujudkan lebih ramai ahli politik berintegriti.

RELATED ARTICLES
Utama

Aplikasi GoNet mudahkan pengguna buat tempahan fasiliti

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular