HomeUtamaPerkongsian ilmu perubatan bantu beri sokongan kepada ibu bapa

Perkongsian ilmu perubatan bantu beri sokongan kepada ibu bapa

Read Time:1 Minute, 30 Second

KOTA KINABALU : Perkongsian ilmu oleh pakar pembedahan plastik dan rekonstruktif dari negeri ini mahupun seluruh negara bagi membantu kanak-kanak klef di Sabah yang memerlukan pembedahan merupakan satu usaha dan inisiatif yang murni.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, perkongsian itu juga dilihat mampu memberi sokongan kepada ibu bapa untuk menerima ilmu dan berinteraksi bersama keluarga lain yang turut mempunyai anak klef.

“Ini penting untuk membina rasa kemasyarakatan dan menerima sokongan secara mental dan emosional selaras dengan prinsip Keluarga Malaysia.

“Saya berharap program ini dapat diteruskan lagi dari masa ke semasa sama ada bagi program klef atau pun mana-mana juga program perubatan yang diperlukan oleh rakyat di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sabah Cleft Carnival 2022 di Auditorium Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini hari ini.

Program itu merupakan hasil kerjasama strategik tiga pihak, iaitu Unit Pembedahan Plastik Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu, Unit Pembedahan Plastik dan Rekonstruktif, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UMS dan Persatuan Klef Bibir dan Lelangit Malaysia (CLAPAM).

Sementara itu, Shahelmey ketika ditemui berkata, program seumpama itu merupakan satu program yang amat baik bagi kumpulan sasar khususnya kanak-kanak klef untuk menjalani pembedahan yang dibuat oleh doktor pakar dari beberapa buah negeri di Malaysia.

“Selaku  Exco Kesihatan Sabah, saya amat mengalu-alukan usaha murni ini dan saya difahamkan Sabah Cleft Carnival ini telah bermula sejak 2014 lagi dan terhenti pada tahun lalu disebabkan oleh Pandemik COVID-19.

“Dan pada kali ini ianya disambung semula.  Sudah tentu dengan adanya program seumpama ini, kes-kes tertunggak yang memerlukan pembedahan Cleft di Sabah akan dapat kita tangani,” katanya.

Katanya, sebanyak 80 kes tertunggak direkodkan sepanjang pandemik COVID-19 yang lalu dan 30 daripadanya akan memperoleh manfaat menerusi penganjuran kali ini.

RELATED ARTICLES
Utama

Pendidikan berlandaskan Al-Quran teras lahir modal insan perkasa bangsa, negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya