HomeIsu tempatan2 kanak-kanak maut dalam kejadian tanah runtuh

2 kanak-kanak maut dalam kejadian tanah runtuh

Read Time:53 Second

KOTA KINABALU: Dua kanak-kanak maut manakala dua individu lagi cedera dalam satu kejadian tanah runtuh yang menghempap sebuah rumah di Jalan Bukit Nenas, di sini, malam tadi.

Mangsa, Isa Sabri, 2 tahun, dan Norain Jaziz, 11 tahun, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth.

Sementara itu, Siti Nur, 28 tahun, yang mengalami patah tangan dan suaminya, Sabri Botong, 28 tahun, yang cedera ringan di kaki, turut menerima rawatan di hospital yang sama.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah, pihak bomba menerima panggilan mengenai kejadian tersebut pada jam 8.26 malam.

Seramai 24 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lintas dan Kota Kinabalu, berserta jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan, dikerah ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati berlaku tanah runtuh menghempap sebuah rumah yang didiami sembilan sekeluarga.

“Terdapat empat mangsa terbabit iaitu satu cedera di bahagian kaki manakala tiga lagi tertimbus tanah dan pokok,” menurut kenyataan itu.

Isa yang berjaya dikeluarkan lebih awal dihantar ke hospital sebelum ketibaan pasukan bomba namun tidak berjaya diselamatkan.

Operasi ditamatkan pada jam 10 malam.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerjasama SPSB, DPW menjadikan Sabah sebagai hab transhipment

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya