Sabah komited menjadi sebuah Kerajaan Digital yang maju

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 47 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan Sabah terus komited dalam mentransformasikan negeri ini menjadi sebuah Kerajaan Digital yang maju, kompetitif, progresif,inovatif dan berdaya tahan.

Menteri Sains,Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Yakub Khan berkata, pewujudan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KSTI) adalah bagi menyokong visi dan misi Kerajaan khususnya dalam pemerkasaan aspek Sains, Teknologi dan Inovasi (STI).

“Berdasarkan Pelan Strategik KSTI Sabah 2022-2025 yang baru sahaja dilancarkan pada bulan April yang lalu, teras strategik keenam yang dijalankan adalah melalui pelaksanaan program pembudayaan kreatif, inovatif dan teknologi digital, yang dilakukan secara konsisten.

“Oleh yang demikian, program seperti Bayu Hackhaton ini sememangnya bertepatan dengan aspirasi pihak Kementerian yang berlandaskan tiga teras utama merangkumi pembudayaan sains, inovasi dan teknologi digital serta modal insan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan penutupan Bayu Hackhaton di sini semalam.

Yakub berkata, penguasaan teknologi digital merupakan kunci untuk negara bagi mengatasi batasan produktiviti dan seterusnya menaiktaraf ekonomi Malaysia dan Sabah amnya.

Katanya, keupayaan untuk merebut peluang yang muncul daripada teknologi dan model perniagaan yang inovatif, akan memainkan peranan penting dalam memacu enjin baharu pertumbuhan ekonomi negara.

“Sehubungan itu, Program Bayu Hackhaton ini menampilkan fokus pembinaan negara yang memberi tumpuan kepada pengayaan pendidikan dalam bidang teknologi untuk memperkasakan inovator pada masa hadapan, yang mana ianya mampu membangunkan idea dan penyelesaian inovatif untuk Negeri Sabah.

“Saya amat tertarik dengan slogan program Bayu Hackhaton ini iaitu Code, Learn and Meet. Di samping itu, konteks untuk cabaran Hackhaton yang merangkumi pembangunan aplikasi, permainan mudah alih, laman sesawang, bot, perisian atau ‘IoT’ Internet of Things turut dikaitkan dengan komitmen agenda Sustainable Development Goals 2030 (SDGs).

“Antaranya adalah melibatkan lima jenis aspek SDG, iaitu pendidikan berkualiti, tenaga berpatutan dan bersih, pekerjaan yang sesuai dan pembangunan ekonomi, bandar dan masyarakat mampan serta Life on Land,” katanya.

Beliau percaya bahawa penyelesaian kreatif dan inovatif yang telah direka berlandaskan aspek-aspek berikut sangat diperlukan supaya ia dapat mempertingkatkan lagi kualiti hidup serta memberi manfaat kepada rakyat di negara ini terutamanya di Negeri Sabah.

A”Sememangnya, aspek tersebut sesuai dengan sasaran objektif dalam Bayu Hackhaton iaitu memupuk generasi pemikir ke hadapan di Sabah melalui cabaran Hackhaton yang dilaksanakan secara intensif dan holistik,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *