Emily (kiri) bersama veroneca merakam gambar semasa di Bombon Marakau.

Pelancong Australia kongsi kegembiraan berkunjung ke Kundasang

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:53 Second

RANAU: Dua pelancong wanita dari Australia tertarik dengan kejinakan pelbagai jenis ikan yang ada di Bombon Marakau di sini.

Kedua-dua pelancong itu Emily Smith  38, dan  Veroneca Babara, 40, adalah antara ratusan pengunjung dari luar negera yang melawat ke beberapa lokasi menarik di Ranau dan Kundasang pada Ahad.

Emily dan Veroneca ketika ditemui berasa bangga dan turut berkongsi kegembiraan serta berpuashati dengan program mereka selama dua hari satu malam berada di Kundasang menyajikan 1001 kenangan manis yang sukar dilupakan.

“Kami berasa sangat seronok, banyak tempat-tempat menarik yang telah kami kunjungi di sini, sukar diungkap dengan kata-kata dan kami akan datang lagi melawat di sini dengan  membawa rakan-rakan kami yang lain dari negara kami,” kata Emely yang teruja melihat keindahan alam semulajadi di Kundasang.

Selain Bombon Marakau, antara lokasi yang menjadi tarikan para pengunjung iaitu Taman Air Panas Poring, Dairy Farm Kundasang, Tugu Peringatan Perang pekan  Kundasang, Pusat Tagal Luanti, Ranau Rabbit Farm, Mount Kinabalu Sky Bike, Pusat Ternakan Payau Kinapulidan, Ternakan Madu Kelulut Kinapulidan dan Sabah Teh Nalapak.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *