HomeUtamaSPBT beri kesedaran kepada masyarakat berkaitan kualiti, ketulenan bahan tanaman

SPBT beri kesedaran kepada masyarakat berkaitan kualiti, ketulenan bahan tanaman

Read Time:1 Minute, 49 Second

SERDANG : Kerajaan sentiasa memberi fokus kepada pengeluaran bahan tanaman tulen dan berkualiti melalui pematuhan prosedur pengeluaran bahan tanaman serta pencapaian standard yang ditetapkan.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, bagi memenuhi hasrat tersebut, Kerajaan melalui Jabatan Pertanian telah membangunkan Skim Pengesahan Bahan Tanaman (SPBT) pada tahun 2009 dan dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2012.

Katanya, pelaksanaan skim ini adalah satu langkah jangka pendek bagi menangani dan memberi kesedaran kepada masyarakat berkaitan kualiti dan ketulenan bahan tanaman.

“Manakala pengawalan secara regulatori adalah strategi jangka panjang Jabatan Pertanian melalui Rang Undang-Undang Kualiti Benih Tanaman.

“Pelaksanaan dua strategi ini secara tidak langsung telah menunjukkan betapa pentingnya kualiti dan ketulenan benih tanaman dalam sektor pertanian negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Sedekad SPBT di Dewan A (Pavilion) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di sini hari ini.

Ronald berkata, seramai 111 orang pegawai telah dilatih dan dilantik sebagai pegawai pemeriksa yang kompeten sepanjang tempoh lebih sedekad skim ini dilaksanakan.

Katanya, sebanyak 25 jenis tanaman mencakupi 104 varieti yang disyorkan sebagai tanaman komersil telah disenaraikan dalam Senarai Varieti Tanaman.

“Kini, SPBT mempunyai seramai 228 orang pengeluar yang telah berdaftar sebagai peserta skim dan sebanyak 63.3 juta pokok induk serta 63.6 juta bahan tanaman telah disahkan.

“Saya berharap bilangan Wira Agro yang mendapat manfaat daripada skim ini dapat disebar luas melalui khidmat pengembangan yang berkesan. Di samping itu, tawaran harga jualan yang menarik dan peluang menembusi pasaran antarabangsa diharap dapat menarik minat lebih ramai lagi Wira Agro untuk memohon skim ini,” katanya.

Sementara itu, Ronald berkata, pnganjuran program itu merupakan satu manifestasi penghargaan oleh kerajaan terhadap pencapaian dan usaha semua yang terlibat yang sentiasa komited untuk meningkatkan kualiti sistem pengurusan sumber dalam pengeluaran agromakanan secara lestari.

Katanya, fokus utama Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 2.0 (DAN 2.0) adalah untuk memastikan sistem rantaian makanan negara dapat mendepani cabaran sekuriti makanan melalui jaminan terhadap keselamatan bekalan makanan negara yang bukan sahaja mencukupi tetapi juga mampu dimiliki, selamat dan berkualiti.

“Saya berharap menerusi skim ini semua penggiat industri agromakanan di Malaysia dapat membudayakan amalan pertanian baik bagi memastikan rakyat Malaysia memperolehi sumber tanaman yang dijamin tulen dan berkualiti,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Enam rumah musnah terbakar di Kampung Unta, Lahad Datu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya