HomeIsu tempatanCubaan seleweng 15,000 liter minyak diesel digagalkan

Cubaan seleweng 15,000 liter minyak diesel digagalkan

Read Time:1 Minute, 47 Second

KOTA KINABALU : Sebanyak 15,000 liter minyak diesel berjaya dirampas dalam satu serbuan yang dijalankan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah di sebuah stor tidak bernombor di Kampung Iran Beluran di sini semalam.

Dalam serbuan jam 2.33 petang itu telah menjumpai minyak diesel yang diletak di dalam lori tanker dan tong drum yang dipercayai untuk dijual kepada pihak industri.

Pengarah Pejabat KPDNHEP Sabah Georgie Abas berkata, serbuan itu turut merampas alat-alat yang disyaki digunakan untuk menyeleweng iaitu dua buah kenderaan lori, pam elektronik dan hos dengan nilai sitaan keseluruhan berjumlah RM159,500.

Katanya, dua individu lelaki warga tempatan yang dipercayai penjaga stor dan pemandu lori di lokasi serbuan turut ditahan untuk diambil keterangan.

“Berdasarkan keterangan awal, penjaga stor dan pemandu lori tersebut gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran dan lesen yang sah untuk menyimpan barang kawalan di lokasi berkenaan.

“Sebagai tindakan lanjut, kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan dengan tujuan untuk melakukan kesalahan yang dibaca bersama Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 kerana menjalankan urus niaga barang kawalan tanpa lesen,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Georgie berkata, siasatan juga akan dilakukan di bawah Seksyen 20(1) akta sama kerana menyimpan barang kawalan di tempat yang tidak mendapat kebenaran pengawal.Katanya, di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122), mana-mana individu yang disabit dengan kesalahan boleh didenda tidak lebih RM1 juta, manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM3 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Tambahnya, bagi syarikat pula, jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman denda tidak melebihi RM2 juta, manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM5 juta.

“Kementerian juga akan mengambil tindakan tegas dengan menggantung sementara lesen pengusaha stesen minyak yang terlibat sehingga siasatan selesai dijalankan.

“KPDNHEP Sabah akan terus menjalankan pemeriksaan dan pemantauan secara berterusan ke atas semua kegiatan berkaitan barang kawalan di negeri ini agar tidak berlaku sebarang bentuk penyelewengan terhadap barang kawalan berkenaan,” katanya.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai sebarang aktiviti yang melanggar perundangan itu boleh menyalurkan aduan kepada pihak kementerian melalui beberapa saluran yang disediakan.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

35 pelajar TARUMT hadir sebagai pemerhati sidang DUN Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya