HomeUtamaCuaca buruk di Pantai Timur Sabah,Semenanjung malam ini

Cuaca buruk di Pantai Timur Sabah,Semenanjung malam ini

Read Time:37 Second

KOTA KINABALU : Penduduk di Pantai Timur Sabah dan Semenanjung dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada susulan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka berlaku pada malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan berkata, cuaca buruk itu dijangka akan pulih sepenuhnya selepas jam 11 malam nanti.

“Di Sabah ianya melibatkan kawasan Telupid dan Beluran yang berada dalam daerah Sandakan.

“Di Kelantan, ianya adalah melibatkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh manakala di Terengganu hanya tertumpu di kawsan Besut dan Setiu,” katanya.

MetMalaysia turut berkata, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam.

“Ia adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata MetMalaysia.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular