HomeIsu tempatanUMS terima rombongan lawatan Exco Pendidikan dan Teknologi Melaka

UMS terima rombongan lawatan Exco Pendidikan dan Teknologi Melaka

Read Time:1 Minute, 5 Second

KOTA KINABALU : Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerima lawatan daripada rombongan Program Retreat Jawatankuasa Post Exco Pendidikan dan Teknologi Melaka, di sini baru-baru ini.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMS, Profesor Madya Dr. Raman Noordin yang menyambut rombongan tersebut turut memberi penerangan ringkas mengenai sejarah, pencapaian serta perkembangan UMS.

Raman yang kini menjalankan fungsi sebagai Naib Canselor UMS berharap agar program lawatan tersebut akan mencetuskan jalinan kerjasama antara UMS dan Universiti Melaka (UniMel) pada masa akan datang.

“Semoga pertemuan pada petang ini membuka ruang kerjasama UMS dengan UniMel dalam pelbagai bidang pada masa depan.

“Saya berharap semoga ahli rombongan berpuas hati dengan layanan ringkas yang disediakan ini dan berdoa semoga keakraban dan kerjasama dapat dijalinkan usai pertemuan kali ini,” katanya.

Rombongan seramai 25 orang itu diketuai oleh Exco Pendidikan dan Teknologi Melaka, Datuk Rais Datuk Wira Yasin.

Lawatan ke UMS itu merupakan antara pengisian program yang diadakan selama empat hari di Kota Kinabalu.

Pada lawatan tersebut, rombongan turut dibawa melawat ke Muzium UMS dan Galeri Azman Hashim.

Turut hadir Naib Canselor UniMel, Prof. Dr. Abdul Razak Ibrahim; Rektor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka, Hj. Mohd Rasdi Zaini; Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Cosmopoint Melaka, Mazvin Jahabardeen; Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMS, Profesor Rasid Mail, serta Pegawai-pegawai Utama dan Kanan UMS.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya