HomeIsu tempatanMasyarakat luar bandar perlu celik ICT

Masyarakat luar bandar perlu celik ICT

Read Time:56 Second

RANAU: Masyarakat luar bandar perlu celik Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) supaya lebih berdaya saing dan tidak terpinggir dalam arus pembangunan.

Penolong Pegawai Perhubungan Parlimen Ranau, Zeta Fedilis berkata,  dalam era perkembangan masa kini masyarakat luar bandar juga penting dan  perlu mempelajari serta menggunakan peralatan teknologi maklumat sekaligus memudahkan untuk mendapat sesuatu informasi terkini dengan lebih tepat dan sahih.

Zeta berkata demikian  ketika berucap  mewakili Timbalan Menteri Dalam Negeri II Datuk Jonathan Yasin seterusnya merasmikan majlis Penutupan Program Kursus ICT anjuran Komuniti Rukun Tetangga (KRT) Kg.Bitoon di SK.Tompios,  45 Kilometer dari Pekan Ranau.

Seramai 20 orang peserta terlibat dalam menjayakan program tersebut.

Zeta turut memuji inisiatif KRT Kg Bitoon di bawah pentadbiran Pengerusinya, Jusnah Jinus kerana menganjurkan kursus tersebut untuk memberi kesedaran terhadap kepentingan penguasaan penggunaan ICT yang amat penting dalam kehidupan masa kini bukan sahaja masyarakat di bandar tetapi juga masyarakat luar bandar.

“Saya mengharapkan kepada peserta kursus ini supaya mengaplikasikan pengetahuan yang diperolehi untuk kebaikan sendiri dan berkongsi ilmu ICT yang dipelajari hari ini kepada  rakan-rakan yang tidak sempat untuk menghadirinya,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

35 pelajar TARUMT hadir sebagai pemerhati sidang DUN Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya