HomeUtamaFAMA terus bantu usahawan terokai pasaran lebih luas

FAMA terus bantu usahawan terokai pasaran lebih luas

Read Time:1 Minute, 54 Second

SERDANG : Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) sentiasa membantu para usahawan dalam menerokai luang eksport yang tersedia bagi menggalakkan usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di negara ini menceburi bidang pasaran yang lebih luas.

FAMA dalam satu kenyataan berkata, ini juga menunjukkan hasil peranan FAMA dalam menyediakan khidmat nasihat dan bimbingan eksport kepada usahawan PKS atau bakal pengeksport serta mengatur sesi padanan perniagaan di antara usahawan PKS Malaysia bersama pengimport berpotensi.

Menurut kenyataan itu lagi, di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) FAMA memberi fokus kepada pembangunan agen pemasar di luar negara dalam usaha mempertingkat dan memperkukuhkan pasaran eksport produk agromakanan Malaysia di peringkat global.

“Melalui kaedah ini, agen yang dilantik bertanggungjawab untuk melaksana aktiviti risikan pasaran, mengenalpasti luang pasaran baru serta melaksana program promosi di destinasi eksport terpilih.

“Mereka juga akan mengenalpasti produk yang berpotensi untuk menembusi sesuatu pasaran serta penambahbaikan yang perlu dilakukan bagi mematuhi syarat dan peraturan pihak berkuasa makanan di destinasi eksport,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Terdahulu, FAMA hari ini menganjurkan Majlis Pemeteraian Kerjasama Strategik Anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 di pentas utama Dewan A, Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di sini.

Pemeteraian Kerjasama Strategik itu melibatkan empat memorandum yang disaksikan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Majlis ini menunjukkan kerjasama yang jitu antara MAFI dan kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI) dalam membantu parausahawan menembusi pasaran global dan seterusnya dapat meningkatkan imej produk keluaran usahawan tempatan setanding dengan jenama pasaran global.

Hasil pemeteraian empat memorandum hari ini telah berjaya menghasilkan nilai sebanyak RM451 juta termasuk padanan perniagaan.

MAHA 2022 kini sedang berlangsung bermula 4 Ogos hingga 14 Ogos ini.Tema penganjuran MAHA 2022 tahun ini iaitu ‘Sekuriti Makanan Untuk Masa Depan’ bertepatan dengan cabaran yang sedang dihadapi negara dan global ketika ini.

MAFI turut menyasarkan hasil jualan melebihi RM250 juta dengan kunjungan 100,000 orang setiap hari.

FAMA terlibat secara langsung dalam penganjuran MAHA 2022 di dalam beberapa kluster iaitu Empayar Makanan yang akan menyajikan makanan Keluarga Malaysia, Castle of Fruit pula akan mempromosikan fruit of the event iaitu Keluarga Artocarpus seperti Cempedak, Nangka, Nangchem dan Sukun serta kluster Agrotrade, Food Truck Fiesta.

RELATED ARTICLES
Utama

Program ‘Education For Us’ mampu perkasa peranan PIBG

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya