HomeIsu tempatanUNHS kenal pasti bayi alami masalah pendengaran

UNHS kenal pasti bayi alami masalah pendengaran

Read Time:1 Minute, 1 Second

KOTA KINABALU : Ibu bapa digesa untuk sentiasa peka terhadap tahap pendengaran anak-anak menerusi pengesanan awal (early detection) bagi memudahkan proses pemulihan dilakukan.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) Datuk Dr Rose Nani Mudin berkata, empat dari 1,000 bayi yang menjalani Saringan Pendengaran Universal Neonatal (UNHS) dikenal pasti mengalami masalah dan kecacatan pendengaran.

Katanya, masalah pendengaran boleh terjadi di semua peringkat usia termasuk sejak lahir dan atas faktor keturunan.

“Oleh itu, ibu bapa perlu peka terhadap tahap pendengaran anak-anak kerana pengesanan awal (early detection) memudahkan proses pemulihan dilakukan.

“Selain mematuhi temujanji antara kanak-kanak dengan pakar perubatan yant dilakukan secara berkala, ibu bapa juga harus memastikan penggunaan alat bantu pendengaran sentiasa diselenggara penggunaanya secara optimum,” katanya.

Katanya ketika berucap pada Program “Meet & Greet: Sabah Parent Support Group For Hearing Impaired Children 2022” di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini.

Dr Rose Nani berkata, merujuk kepada beberapa kes perubatan, hasil sokongan dan pengawasan berterusan ibubapa, tidak mustahil anak-anak yang menghadapi masalah berkenaan mampu pulih dan seterusnya menjalani aktiviti harian seperti kanak-kanak biasa.

Hadir sama, Timbalan Ketua Profesion Audiologi HQE, Siti Aminah Kamaludin, Pakar Otorinolaringologi (ORL) HQE Dr. Ahmad Nordin Afandi dan Pengerusi Program Sitti Ladyia Mohd Salleh.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Petugas Tabung Darah digesa tingkat kemahiran, pengetahuan demi keselamatan pesakit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular