HomeIsu tempatanPelajar sekolah dipelawa sertai Pertandingan Pidato Kebangsaan Peringkat Negeri

Pelajar sekolah dipelawa sertai Pertandingan Pidato Kebangsaan Peringkat Negeri

Read Time:51 Second

KOTA KINABALU : Para pelajar khususnya di negeri ini dipelawa untuk menyertai Pertandingan Pidato Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah yang kini dibuka penyertaan sehingga 16 Ogos ini.

Setiausaha Tugas-Tugas Khas Sabah Sapdin Ibrahim berkata, sebanyak tiga kategori akan dipertandingkan sempena sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini.

Antara kategori yang dipertandingkan ialah kategori sekolah rendah, sekolah menengah dan pusat tingkatan enam.

“Johan kategori bagi sekolah rendah akan mendapat hadiah wang tunai berjumlah RM500, sijil dan piala manakala johan kategori menengah bakal menerima RM700, sijil serta piala.

“Bagi pemenang tempat pertama kategori pusat tingkatan enam akan membawa pulang RM800, sijil dan piala manakala pemidato terbaik bagi keseluruhan pertandingan akan merangkul wang tunai tambahan sebanyak RM300,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Pertandingan Pidato Kebangsaan 2022 di Menara Kinabalu di sini semalam.

Pertandingan bertemakan ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’ itu dibuka mulai 25 Julai lalu dan sesi penjurian pertandingan akhir pidato adalah pada 6 September depan.

Bagi yang berminat menyertai pertandingan ataupun mendapatkan maklumat lanjut bolehlah menghubungi Maludin Idris di talian 0148534491.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

28 Hafiz, Hafizah sertai kategori hafazan pada MTHQNS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya