Sabah hantar wakil atlet seni duo Mae Muay Thai ke Kejohanan Muay Thai Remaja Dunia IFMA 2022

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 24 Second

KOTA KINABALU: Pasukan Muay Thai Negeri Sabah menghantar atlet seni duo Mae Muay lelaki yang diwakili Dariss Muzzamiel, Thien Zhi Cheng dan duo wanita Myra Arina Roslan dan Yan Jia Chi ke Kejohanan Muay Thai Remaja Dunia IFMA 2022 bertempat di Sunway Pyramid Convention Center yang berlangsung selama 13 hari bermula 9 hingga 21 Ogos ini.

Turut serta ke kejohanan itu, 10 atlet remaja Negeri Sabah yang diwakili oleh Hallary Boy Hafiy Aznee, Chester Archie Arthur, Ashley Chow Kar Kit, Ethan Adam Azry, Akmal Zaim Rosyidi, Jezzevelle Myora Jerry, Evan Aron Warren, Deidra Jacquelina Richard.

Pasukan diiringi oleh Ketua Jurulatih Sabah Cyrille Dhillon Tahing, Jurulatih Mae Muay Mardeana Maulana, Jurulatih Pelapis Remaja Rozaimy Ahad dan Muhammadin Janudin.

Cyrille berkata, ini adalah peluang besar untuk atlet Muay Thai negeri ini untuk bertanding di pentas antarabangsa di mana Malaysia sendiri menjadi tuan rumah dan mengharap atlet bukan sahaja mendapat pendedahan malah dapat membawa balik pingat untuk negara dan Sabah.

Manakala Presiden Nazri Ab Razak berkata, beliau juga mengharapkan para atlet remaja menggunakan peluang ini sepenuhnya dan menunjukkan bakat yang terbaik.

“Bukan sahaja dapat membawa balik pingat malah dengan ini juga dapat menyuntik semangat para atlet pelapis remaja yang lain untuk turut sama seterusnya berada di kejohanan berprestij dunia pada masa akan datang.

“Ini juga kali pertama Negeri Sabah menghantar atlet seni Mae Muay Thai untuk bertanding di peringkat antarabangsa sekaligus memberikan pendedahan untuk bertanding dengan atlet Mae Muay Thai dari negara lain,” katanya.

Dalam pada itu, kejohanan berprestij dunia ini menarik lebih 1,500 delegasi dan atlet remaja lebih dari 101 negara di bawah naungan badan Muay Thai dunia International Federation Of Muay Thai Association (IFMA) yang diiktiraf oleh World Olympic Council.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *