Kerjasama 5 Divisyen,agensi keselamatan lain perlu terus diperkukuh

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 21 Second

PUTATAN : Kerjasama utuh diantara 5 Divisyen bersama agensi-agensi keselamatan di negeri ini mampu merapatkan lagi jurang kekangan dan mengoptimumkan peranan dan tugas sebagai pasukan keselamatan dalam menjaga kedaulatan Sabah.

Panglima 5 Divisyen Mejer Jeneral Abdul Rahman A Wahab berkata, pihaknya akan meneruskan kecemerlangan yang telah dicipta oleh 5 Divisyen sebagai satu ketumbukan organisasi yang sentiasa dihormati oleh pasukan sahabat dan digeruni oleh pasukan lawan.

“Keutamaan dan penekanan yang serius dalam merangka dan melaksanakan latihan-latihan individu dan kolektif dalam mencapai objektif-objektif yang telah digariskan bagi merealisasikan tonggak 1 dan tonggak 2 Tentera Darat dalammemperkasakan latihan serta mampu menjadikan 5 Divisyen sebagai sebuah organisasi yang kredibal, professional dan berdaya saing serta responsif dalam apa jua keadaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perbarisan Perintah Ulung Panglima 5 Divisyen yang keempat di Padang Kawad Rejimen Ke-6 Artileri Diraja di sini semalam.

Seramai 12 Pegawai dan 238 anggota Lain-Lain melibatkan tiga Detasmen daripada formasi bawah naungan 5 Divisyen terlibat dalam Perbarisan Perintah Ulung Panglima 5 Divisyen yang keempat.

Perbarisan itu diketuai oleh Pegawai Memerintah Batalion Ketiga Rejimen Askar Melayu Diraja, Leftenan Kolonel Nur Fahmi Bassar.

Perbarisan itu diadakan bertujuan menyampaikan amanat dan Perintah Ulung Abdul Rahman setelah mengambil alih tampuk pemerintahan 5 Divisyen daripada Mejer Jener Datuk Mohd HalimKhalid pada 4 Julai lalu.

Dalam perbarisan ini, Panglima 5 Divisyen turut menyempurnakan pemakaian pangkat kepada seorang Pegawai dan sembilan anggota Lain-lain Pangkat.Turut hadir, Panglima 5 Briged, Brig Jen Saiful Bahari Zainol, Panglima 13 Bgd, Brig Jen Suhaimi Shamsuddin, Komander Artileri Divisyen 5 Divisyen, Kol Zamri Esa dankomander Rejimen 516 Askar Wataniah, Kolonel Datuk (Dr.) Lim Teck Kiong.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *