HomeUtamaSemangat perpaduan rakyat perlu terus dipertahankan

Semangat perpaduan rakyat perlu terus dipertahankan

Read Time:1 Minute, 52 Second

KOTA KINABALU : Keharmonian yang terus terjalin dikalangan masyarakat pelbagai etnik di Sabah dilihat bersesuaian dengan tema Hari Kebangsaan tahun ini iaitu ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’.

Sabah juga merupakan antara negeri contoh yang kekal membudayakan semangat perpaduan dalam mempertahankan negara.

Perkara itu juga harus disemat dalam diri setiap rakyat sesuai dengan pemilihan tema yang hidup bermasyarakat dengan semangat kekeluargaan.

Generasi muda yang ditemui berharap tema Hari Kebangsaan itu akan terus menjadi amalan dan dihayati oleh seluruh rakyat di negeri ini.

ALYSSA ANAK GEMONG

Bagi Alyssa Anak Gemong berkata, keharmonian dan kesejahteraan rakyat khususnya di negeri jelas terbukti menerusi sikap kekitaan yang sentiasa diamalkan oleh masyarakat pelbagai etnik di Sabah.

“Kemerdekaan secara amnya bermaksud bebas daripada kuasa penjajahan dimana perkara ni dapat dibuktikan menerusi keharmonian dan kesejahteraan yang kita rasai pada hari ini, semuanya adalah hasil dari titik peluh nenek moyang kita,” katanya.

Ia turut diakui pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) Muhd Nazirul Izzat Azrul dimana para pelajar khususnya mahasiswa mempunyai amanah yang besar dalam memupuk penghayatan erti kemerdekaan kepada masyarakat.

MUHD NAZIRUL IZZAT AZRUL

“Sudah tentu bersesuaian dengan tema Hari Kebangsaan pada tahun ini,  mahasiswa turut berperanan dalam membantu membina semula kesedaran dan kepentingan penghayatan erti kemerdekaan dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Sementara itu, bagi Habibie Nor Ibnur turut melihat tema yang diperkenalkan pada tahun ini akan dapat menerapkan lagi nilai-nilai murni dalam Rukun Negara.

HABIBIE NOR IBNUR

“Dengan menerapkan nilai-nilai murni dalam Rukun Negara pastinya akan melahirkan individu yang berkebolehan untuk mencapai kestabilan negara, kestabilan politik dan juga keamanan dalam negara kita,” katanya.

Bagi Mohd Joehari Shah, perpaduan dikalangan rakyat di negara ini dilihat sangat kukuh dan kuat sehingga mampu menjaga ikatan sesebuah keluarga sendiri khususnya dalam pelbagai etnik di Sabah.

“Ini kerana melalui perpaduan, sesebuah negara itu akan dapat menjadi kukuh dan amat bersesuaian dengan tema Hari Kebangsaan tahun ini iaitu Keluarga Malaysia Teguh Bersama,” katanya.

‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’ dipilih sebagai tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 (HKHM2022) selari dengan konsep keharmonian #KeluargaMalaysia.

Logo tahun ini pula berkonsepkan jalur liputan internet melambangkan pembangunan infrastruktur, sistem komunikasi serta pendigitalan yang semakin maju dan berkembang untuk kemudahan rakyat.

Ia juga melambangkan kebersamaan, komited untuk terus maju ke hadapan serta keberadaan teknologi terkini yang menjadi penghubung kehidupan ekonomi rakyat.

RELATED ARTICLES
Utama

KKIA bakal dinaik taraf bermula tahun ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular