HomeUtamaCOVID-19 : Kadar penularan jangkitan kekal membimbangkan

COVID-19 : Kadar penularan jangkitan kekal membimbangkan

Read Time:1 Minute, 35 Second

KOTA KINABALU : Penurunan kes jangkitan COVID-19 di negeri ini iaitu sebanyak 328 kes pada hari ini berbanding 354 kes yang dilaporkan semalam tidak mencerminkan keadaan semasa.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ini kerana statistik harian dilihat turun naik setiap hari di banyak daerah tetapi kadar penularan kekal pada tahap yang membimbangkan.

Katanya, kadar positiviti dilaporkan naik daripada 12.64 peratus semalam kepada 13.95 peratus pada hari ini.

“Faktor yang menyebabkan angka kes harian hari ini lebih rendah daripada semalam ialah jumlah sampel ujian yg jauh lebih rendah daripada sebelumnya iaitu jumlah sampel ujian hari ini ialah 2,560 berbanding 2,999 semalam.

“Jumlah daerah yang mencatat penurunan kes baharu ialah 17 daerah berbanding lapan daerah yang mencatat penurunan.

“Beaufort mencatatkan penurunan 12 kes setelah kembali kepada ‘daerah sifar kes’, Papar 18 kes (-10), Kuala Penyu 1 kes (-10), Lahad Datu 4 kes (-8), Ranau 2 kes (-6), Tambunan 1 kes (-6) dan Sandakan 8 kes (-6). Putatan mencatat 36 kes baharu (+29), Penampang 42 (+10) dan Kota Kinabalu 96 kes (+5),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Masidi berkata, perubahan turun naik angka jangkitan secara drastik hampir setiap hari dibeberapa daerah agak sukar diramal.

Katanya, sikap masyarakat terhadap pematuhan prosedur standard operasi (SOP) banyak mempengaruhi statistik harian.

“Antaranya ialah keperluan mengemaskini maklumat MySejahtera setelah membuat ujian kendiri dan didapati positif.

“Statistik yang diperolehi melalui pemberitahuan secara sukarela dalam aplikasi MySejahtera dan hasil ujian dilapangan yang dibuat oleh kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah ( JKNS) merupakan asas pengiraan statistik harian COVID-19,” katanya.

Katanya, secara keseluruhan, tujuh daerah mencatatkan jangkitan baharu dua angka, 15 daerah mencatat satu angka dan lima daerah tidak mencatat sebarang jangkitan baharu sepanjang 24 jam yang lalu.

“Sebanyak 324 daripada 328 kes yang direkodkan hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2, serta masing-masing dua kes dalam Kategori 3 dan Kategori 4,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Yayasan PETRONAS agih 500 bakul makanan sempena Kaamatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular