HomeIsu tempatanGuru ambil inisiatif pelihara pakaian Rinangkitan berusia 100 tahun

Guru ambil inisiatif pelihara pakaian Rinangkitan berusia 100 tahun

Read Time:1 Minute, 30 Second

KOTA BELUD: Guru-guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Bangkahak di sini sedang berusaha untuk mengangkat martabat dan memelihara kepentingan budaya pakaian tradisional Dusun Tindal yang dikenali sebagai Rinangkitan.

Mereka telah mengambil inisiatif untuk menyelidik mengenai pakaian tersebut dan mempersembahkan pakaian asli yang dipakai oleh wanita di Bangkahak suatu ketika dahulu semasa Karnival Bahasa Kadazandusun dan Tinimungan Tradisi Bangkahak yang diadakan di Kampung Bangkahak Lama di sini, semalam.

rbt

Hadir sama ialah Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar merangkap Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB), Datuk Joniston Bangkuai.

Pendedahan pakaian Rinangkitan berusia 100 tahun itu menonjolkan keperluan untuk mendokumentasi dan memelihara keaslian bentuk lama pakaian tradisional Dusun Tindal.

Kajian yang dilakukan guru-guru terbabit, wujud bukti yang menunjukkan bahawa pakaian tersebut telah wujud sejak tahun 1920 dan dipakai oleh wanita Bangkahak.

Sekumpulan kecil wanita Bangkahak juga telah berusaha untuk mencipta semula pakaian tradisional tersebut dengan penggunaan benang yang diperbuat daripada kulit pokok.

Kerja-kerja menerbitkan buku mengenai Rinangkitan dan sejarahnya juga turut dilakukan.

Sementara itu, Joniston percaya semangat yang ditunjukkan oleh guru dan penduduk kampung akan memberi inspirasi dan membolehkan kanak-kanak kecil memahami tentang warisan mereka dan keperluan untuk mengekalkan identiti budaya.

“Saya gembira melihat dedikasi dan kerjasama yang begitu kuat antara sekolah dan masyarakat kampung dalam melindungi budaya, yang penting kepada identiti kita dan ekonomi tempatan secara keseluruhan dan industri pelancongan.

“Saya percaya bahawa tradisi budaya Bangkahak adalah aset terbesarnya, dan jika diperluaskan lagi, ia mungkin menjadi tarikan yang menarik,” katanya.

Tambahnya, STB turut komited untuk menyediakan masyarakat luar bandar bantuan dalam membangunkan produk pelancongan.

“Meskipun Sabah terkenal dengan eko-pelancongan namun pelancongan budaya juga popular di kalangan pelancong yang ingin menyelami budaya baharu.

“Justeru saya menggesa agar masyarakat Bangkahak supaya kreatif dan inovatif dalam mengenal pasti peluang untuk mempromosikan kawasan mereka agar tidak ketinggalan dalam industri pelancongan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya