HomeUtamaTIDAK BENAR: Isu tular berkaitan penculik pelajar sekolah ditangkap di Kota Marudu

TIDAK BENAR: Isu tular berkaitan penculik pelajar sekolah ditangkap di Kota Marudu

Read Time:51 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA MARUDU: Isu tular melalui aplikasi whatsapp berkaitan seorang penculik pelajar sekolah telah ditangkap di Kota Marudu adalah tidak benar.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Zairolnizal Ishak berkata, terkesan dengan beberapa pesanan ringkas telah tular melalui aplikasi whatsapp mendakwa seorang lelaki yang mahu menculik pelajar sekolah di sekitar Daerah Kota Marudu dan Pitas telah ditangkap oleh pihak polis turut ditularkan adalah satu rakaman video berdurasi 23 saat yang dikatakan merujuk kepada penculik tersebut.

“Polis Daerah Kota Marudu ingin mengesahkan bahawa perkara yang ditularkan adalah tidak benar sama sekali.

“Sebaliknya video yang ditularkan merupakan video yang telah dirakam oleh orang awam semasa polis melaksanakan tangkapan terhadap seorang lelaki (suspek) kerana menceroboh kawasan perkarangan sebuah rumah di Kampung Marak Parak, Kota Marudu pada 11 Ogos 2022.

“Kes ini masih dalam siasatan dan suspek telah direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah,'” kata Supt Zairolnizal dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau turut menasihatkan agar dihentikan penyebaran mesej dan video tersebut kerana ianya boleh menimbulkan kegusaran awam.

RELATED ARTICLES
Utama

Tindakan tegas individu, syarikat gagal selesaikan tunggakan bayar cukai, kompaun –...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya