HomeUtamaHubungan baik EU-Malaysia mampu tarik pelabur ke Sabah

Hubungan baik EU-Malaysia mampu tarik pelabur ke Sabah

Read Time:43 Second

KOTA KINABALU: Hubungan dua hala di antara Kesatuan Eropah (EU) dan Malaysia mampu menarik pelabur ke negeri ini.

Duta Besar EU di Malaysia, Michalis Rokas berkata, pihaknya berhasrat untuk mengadakan kerjasama dengan Malaysia khususnya Sabah dalam beberapa sektor ekonomi untuk manfaat kedua-dua negara.

“Kita akan bekerjasama menarik pelabur dari negara EU untuk melabur di Sabah, selain membincangkan tentang tenaga yang boleh diperbaharui, pengurusan sisa pepejal dan juga pelbagai peluang lain.

“Di samping itu, melalui operator pelancongan, EU akan mempromosikan keunikan dan keindahan negeri ini bagi menarik pelabur dan pelancong untuk datang memandangkan sempadan telah dibuka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu di sini semalam.

Beliau turut berharap agar kerjasama dapat diwujudkan dalam membangunkan sektor pelancongan mapan bagi mengelak pencemaran yang menjejaskan alam semula jadi.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerjasama SPSB, DPW menjadikan Sabah sebagai hab transhipment

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya