HomeIsu tempatanPementasan teater berkonsep Hari Malaysia bakal diadakan September ini

Pementasan teater berkonsep Hari Malaysia bakal diadakan September ini

Read Time:2 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU : Universiti Malaysia Sabah (UMS) bakal mengadakan sebuah pementasan teater berskala besar berkonsepkan Hari Malaysia yang memfokuskan sejarah di sebalik pembentukan Malaysia daripada prespektif tokoh tempatan Sabah.

Ketua Program Seni Kreatif, Akademi Seni dan Teknologi Kreatif (ASTiF) UMS, Dr. Sharip Zainal Sagkif Shek berkata, pementasan dijangka diadakan pada bulan September atau Oktober 2022.

“Sebagai makluman, cadangan pementasan teater itu merupakan cetusan idea Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan menerusi perbincangan bersama beberapa kakitangan pengurusan tertinggi universiti dan pensyarah ASTiF baru-baru ini.

“Pementasan ini akan menonjolkan sisi cerita penting yang belum banyak diketahui umum mengenai sumbangan dan penglibatan tokoh-tokoh Sabah seperti Tun Datu Mustapha Datu Harun, Tun Fuad Stephens, G.S. Sundang, Peter Chin dan beberapa tokoh lain,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Sharip, pementasan teater dikendalikan sepenuhnya oleh para pensyarah dan pelajar ASTiF serta melibatkan beberapa pelakon popular tempatan.

“Ia sekali gus akan memberi dimensi baharu kepada konsep sambutan Hari Malaysia yang diharap dapat menanamkan semangat perpaduan dan cintakan tanah air dalam konteks kepelbagaian suku kaum atau etnik di Sabah.

“Banyak cerita sampingan atau anekdot penting yang berlaku di sebalik penubuhan Malaysia harus diketengahkan bagi menunjukkan semangat perjuangan dan iltizam tokoh-tokoh terdahulu.

“Ia bagi memastikan penubuhan Malaysia dapat memberi faedah kepada rakyat Sabah terutama generasi muda yang menjadi penyambung legasi penubuhan tersebut,” ujar Sharip.

Beliau berkata, pihak ASTiF turut mendapatkan bantuan pensyarah dan penyelidik Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) UMS, Prof. Madya Dr. Bilcher Bala bagi menyediakan bahan-bahan sejarah yang berkaitan untuk dijadikan sumber idea bagi skrip pementasan tersebut.

“Pada masa yang sama ia bagi memastikan sumber cerita yang disampaikan unik dan sahih, masih belum dinyatakan dalam mana-mana buku sejarah, sekali gus menjanjikan satu kelainan yang mampu menarik para audiens hadir menyaksikan pementasan.

“Dengan sokongan pelbagai pihak terutamanya Pengerusi Lembaga Pengarah dan pengurusan tertinggi UMS, kami yakin pementasan teater ini akan mampu dilaksanakan dengan jayanya dan memberi kesan signifikan kepada sambutan Hari Malaysia pada tahun ini,” katanya yang juga seorang pensyarah dan aktif dalam bidang seni persembahan pentas.

Untuk rekod, pementasan teater yang berkonsepkan semi-muzikal itu dijangka akan melibatkan penyertaan lebih 80 tenaga kerja termasuk pelakon, penari, pemuzik, penyanyi dan tenaga krew belakang pentas.

Dengan tujuan untuk memupuk semangat cintakan tanah air dalam perspektif rakyat negeri Sabah, pementasan tersebut akan diketuai pensyarah teater ASTiF yang cukup berpengalaman, Sharifuddin Zainal dan Syafik Salleh.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya