HomeUtamaPDRM Sabah anggap pengamal media rakan strategik

PDRM Sabah anggap pengamal media rakan strategik

Read Time:1 Minute, 4 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah menganggap pengamal media adalah sebagai rakan strategik jangka masa panjang.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah berkata, media massa memainkan peranan yang amat penting bagi menyampaikan maklumat yang tepat kepada masyarakat dan peranan media sebagai ’lidah’ masyarakat juga tidak dapat disangkal lagi.

“Justeru itu, PDRM Sabah dapat mendengar dan mengetahui apa jua keluhan, harapan dan penghargaan masyarakat melalui hubungan dua hala seperti ini,” katanya.

Sementara itu, menyentuh mengenai program santai bersama pengamal media dan PDRM Sabah, Idris berkata, ia adalah program untuk meraikan dan menghargai jasa yang telah disumbangkan oleh rakan-rakan media di Sabah dalam memberikan liputan, publisiti dan hebahan ke atas setiap program serta aktiviti yang dilaksanakan oleh PDRM Sabah khasnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap sempena Program Santai Sepetang PDRM Sabah Bersama Media Sempena Peringatan Hari Polis ke 215 Tahun 2022 dan Acara Pertandingan Bowling di sini, semalam.

Beliau turut berharap program tersebut dapat dilihat sebagai medium untuk mengeratkan hubungan silaturrahim, saling kenal-mengenali, bertukar-tukar fikiran antara pengamal media dan PDRM Sabah.

“Saya berharap program sebegini dapat mengembangkan idea bagi mengenalpasti pendekatan yang lebih berkesan dalam usaha PDRM Sabah berhadapan dengan cabaran pada masa kini terutamanya persepsi masyarakat terhadap PDRM di samping membudayakan gaya hidup sihat melalui aktiviti bersukan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

SPRM Sabah tahan pasangan suami isteri bekas CEO & pengarah syarikat...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular