HomeIsu tempatanRM24 juta diperlukan bagi tujuan pembukaan IKIM Sabah

RM24 juta diperlukan bagi tujuan pembukaan IKIM Sabah

Read Time:46 Second

KOTA KINABALU : Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) menganggarkan sebanyak RM24 juta diperlukan bagi membuka cawangan IKIM di negeri ini.

Pengerusi IKIM Profesor Emeritus Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan berkata, bangunan tersebut dijangka menempatkan pusat pentadbiran, kegiatan sosial, dakwah dan pusat perniagaan yang boleh disewakan untuk menambah pendapatan.

“Hasrat tersebut akan direalisasikan di kawasan tanah berbukit yang diberikan Kerajaan Negeri di tanah seluas 10 ekar di Manggatal dan perbincangan lanjut bersama kerajaan Sabah bakal diadakan pada 12 September .

“Kekangan kewangan adalah antara faktor melambatkan usaha pembinaan dan oleh itu diharap kos pembangunan dapat dimasukkan dalam pembentangan Belanjawan 2023 nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, di sini semalam.

Beliau juga berharap cawangan tersebut dapat menghebahkan semua program radio dan tvIKIM di samping menjadi tempat menaikkan imej Islam sekaligus memperbaiki hubungan di antara orang Islam dan bukan Islam.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Maritim Malaysia tahan bot lakukan aktiviti pemindahan minyak tanpa kebenaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular