Program Munajat Keluarga Malaysia diteruskan meskipun bekalan elektrik terputus

Read Time:48 Second

KOTA KINABALU : Kira-kira 300 umat Islam hadir mengalunkan selawat syifa’ dan badar di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu di sini.

Program Munajat Keluarga Malaysia itu dimulakan dengan Solat Hajat Perdana pimpinan Imam Besar Masjid Bandaraya, Hafiz Datuk Hamzah.  

Meskipun terputus bekalan elektrik, majlis ilmu tersebut tetap diteruskan dengan bacaan Al Quran oleh peserta akhir Majlis Tilawah Quran (MTQ) Sabah 2021, Umar Jimar yang turut mengalunkan qasidah Rindu Madinah dan selawat Tafrijiyah.

Sementara itu, Mufti Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Ustaz Bungsu @ Aziz Jaafar menyampaikan tausiah bertajuk ‘Erti Keluarga Malaysia dan Mencapai Keluarga Yang Diredhai Allah’ sebelum memimpin bacaan doa untuk Keluarga Malaysia.

Pada majlis itu, beliau menyampaikan sumbangan Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM) bernilai RM1,000 kepada Madrasah Tahfiz Al-Mubarak Masjid Bandaraya Kota Kinabalu.

Turut menerima sumbangan YADIM adalah Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah, Darul ‘Uluumil Quraniyyah, Kinarut, Masjid Nurul Iman, Lok Kawi, Masjid Bandaraya, Rumah Anak Yatim As Sakinah dan Pertubuhan Kebajikan Saudara Kita (Sahabat).

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.