HomeUtamaSuspek cuba rempuh anggota, polis tembak tayar kereta suspek

Suspek cuba rempuh anggota, polis tembak tayar kereta suspek

Read Time:57 Second

SANDAKAN: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sandakan mengesahkan rakaman video melepaskan tembakan yang tular di daerah itu adalah berkaitan satu operasi polis di sebuah kawasan perumahan di Jalan Sungai Manila, Batu 12, dekat sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, operasi itu membabitkan lima anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan yang cuba menahan sebuah kenderaan jenis Perodua Kenari suspek dipercayai pengedar dadah.

“Kejadian berlaku di kawasan tempat letak kereta dan suspek bertindak agresif serta hampir merempuh seorang anggota serbuan sehingga memaksanya melepaskan satu das tembakan ke arah tayar kereta suspek untuk menghentikan kenderaan terbabit daripada merempuhnya.

“Anggota lain pula cuba menghentikan kenderaan itu dengan cuba memecahkan cermin hadapan menggunakan alat walkie talkie sehingga menyebabkan terdapat kesan hentakan namun kenderaan itu berjaya meloloskan diri, bagaimanapun, pihak polis kemudian berjaya mengesan kenderaan itu di tepi jalan iaitu kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian,” kata Abdul Fuad dalam kenyataannya semalam.

Katanya, kini usaha mengesan suspek giat dilakukan dan siasatan sedang dijalankan dan beliau menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu diminta tampil menghubungi pegawai penyiasat Asistan Superintenden Jas Dewd di talian 013-3598455.

RELATED ARTICLES
Utama

Bakal jemaah haji Sabah perlu siapkan diri dari aspek mental, kekuatan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya