HomeUtamaPolis giat buru suspek terlibat kes samun berkumpulan di Luyang

Polis giat buru suspek terlibat kes samun berkumpulan di Luyang

Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kota Kinabalu, mengesahkan telah menerima laporan polis berkenaan satu kes samun berkumpulan yang berlaku di Taman Regent, Luyang dekat sini pada awal pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisiner Mohd Zaidi Abdullah mengesahkan kejadian berkata, pada 21 Ogos 2022, lebih kurang jam 3.25 pagi pengadu baru pulang ke rumahnya di Taman Regent, Luyang.

“Apabila pengadu masuk ke dalam rumah mendapati terdapat seorang suspek lelaki berada di dalam rumahnya.

“Suspek tersebut telah meluru keluar dari rumah untuk melarikan diri dan dikejar oleh pengadu dan saudaranya, telah berlaku pergelutan dan satu beg jenis kain yang cuba dicuri oleh suspek berjaya dirampas oleh pengadu.

“Suspek berjaya memanjat pagar keluar dari dalam kawasan rumah dan beredar dengan menaiki sebuah kereta jenis Nissan Navara warna hitam nombor pendaftaran ST1828 disyaki no pendaftaran (palsu) yang sedang menunggu di luar kawasan rumah,” kata Mohd Zaidi dalam kenyataannya semalam.

Katanya, suspek dipercayai tiga orang lelaki dan anggaran kerugian sebanyak RM1000.00. Kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Mohd Zaidi menyeru kepada orang ramai yang mempunyai maklumat dengan kes ini diminta segera membantu pihak polis dengan menghubungi pegawai penyiasat kes iaitu Inspektor Palani Nathan di talian 016-4122835.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerjasama SPSB, DPW menjadikan Sabah sebagai hab transhipment

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya