HomeUtamaSiri jelajah Mystartup Roadshow di Sabah berlangsung bermula esok

Siri jelajah Mystartup Roadshow di Sabah berlangsung bermula esok

Read Time:1 Minute, 21 Second

KOTA KINABALU : Siri jelajah MYStartup Roadshow anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menerusi agensi di bawahnya Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle) akan diadakan di Sabah selama dua hari bermula esok.

Program yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) itu juga adalah bagi meneruskan kesinambungan momentum dan usaha dalam mewujudkan sebuah ekosistem start-up yang terangkum dan kondusif.

Ia juga merupakan sebahagian daripada usaha memastikan komuniti start-up di negeri ini tidak terlepas dari terlibat seterusnya mendapatkan manfaat daripada acara-acara pemerkasaan start-up melalui Program MYStartup.

Siri jelajah itu dijangka akan turut disertai oleh Menetri Sains, Teknologi dan Inovasi Dato Sri Dr Adham Baba dan rakan korporat seperti Petronas Ventures dan Microsoft.

Sabah khususnya Kota Kinabalu merupakan hentian seterusnya selepas diadakan di Kuching pada Jun lalu serta beberapa kawasan di Semenanjung.

Seperti hentian-hentian sebelum ini, siri jelajah ini akan dijayakan dengan sokongan daripada rakan kolaborasi seperti Sabah Creative and Innovation Centre; Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan SEED Lab.

Program MYStartup yang dilancarkan Februari 2022 terdiri daripada beberapa program bertujuan memperkasakan ekosistem dan komuniti start-up di Malaysia melalui pengisian yang menumpukan kepada pembangunan serta perkembangan start-up secara mampan serta pembangunan kapasiti dan modal insan.

Kerjasama antara MOSTI, Cradle dan pemegang taruh Ekosistem Start-up Malaysia dalam siri jelajah ini menunjukkan iltizam MOSTI dalam memanifestasikan usaha dan komitmen Kerajaan bagi memastikan Keluarga Malaysia mendapat manfaat daripada usaha pemerkasaan dan pembangunan start-up negara.

Melalui usaha ini juga, impian menjadikan Malaysia sebagai pilihan utama bagi para pengasas dan syarikat luar untuk bertapak serta memulakan operasi mereka di negara ini dapat direalisasikan, sekaligus merancakkan lagi ekonomi negara.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular