HomeUtamaKerajaan Negeri meluluskan tanah & rizab kampung di Bandau, Kota Marudu

Kerajaan Negeri meluluskan tanah & rizab kampung di Bandau, Kota Marudu

Read Time:1 Minute, 39 Second

KOTA MARUDU: Sebanyak 51 geran tanah adat negeri (NT) berjumlah 98 hektar telah diluluskan untuk penduduk di Bandau di sini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ini menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri Gabungan Rakyat Sabah – Barisan Nasional (GRS-BN) sentiasa peka kepada keperluan rakyat.

“Ini hanya untuk Bandau. Kita akan lakukan perkara yang sama untuk kawasan lain di Kota Marudu tidak lama lagi,” katanya.

Berucap pada program bertemu rakyat di Dewan Masyarakat di sini hari ini, Hajiji berkata, kerajaan juga memberi persetujuan untuk tujuh penempatan di dalam tanah Sawit Kinabalu di sini untuk diberi milik dan diwartakan sebagai rizab kampung.

Kampung-kampung tersebut ialah Kampung Bukit Lalang, Bengkongan, Langkon Baru, Minansad, Sungoi Laut, Tonsom dan Muhibbah, dan Toporoi.

Pada masa yang sama, dua kampung dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandau turut diwartakan sebagai rizab kampung iaitu Kampung Torintidon (11.490 hektar) dan Kampung Asin-Asin (10.190 hektar).

Hajiji yang juga Menteri Kewangan berkata, Kerajaan Negeri turut meluluskan RM5 juta peruntukan untuk memperluaskan jalan raya berkembar di perbandaran Kota Marudu untuk melancarkan kesesakan lalu lintas.

Sementara itu, Kerajaan Negeri juga meluluskan peruntukan RM1.6 juta untuk kos pembinaan jambatan paip sepanjang 100 meter di Kampung Simpangan Sungai Bandau untuk menangani masalah bekalan air di daerah itu.

Hajiji berkata demikian selepas melawat Loji Rawatan Air Bandau di Kampung Simpangan di mana beliau telah diberi taklimat oleh jurutera daerah mengenai rancangan jangka pendek dan panjang untuk menyelesaikan masalah bekalan air.

“Semoga prasarana itu dapat membantu menangani masalah bekalan air di sini.

“Saya juga telah bercakap dengan Datuk Seri Dr Maximus Ongkili (Ahli Parlimen Kota Marudu) semalam. Saya memberi jaminan kepadanya bahawa semua permintaan pembangunan akan dipertimbangkan,” katanya.

Hadir sama Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Arifin Arif, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri merangkap Adun Bandau Datuk Wetrom Bahanda, Adun Tandek Hendrus Anding, Pegawai Daerah Alexander Yong, Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur , Datuk Bernard Liew serta Pengarah Urusan Sawit Kinabalu Datuk Bacho Jansie.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya