HomeIsu tempatanMaritim Malaysia semarak merdeka bersama komuniti felda

Maritim Malaysia semarak merdeka bersama komuniti felda

Read Time:1 Minute, 29 Second

TAWAU : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mengambil pendekatan melaksanakan Program Semarak Merdeka bersama komuniti felda seterusnya menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan yang bakal disambut 31 Ogos ini.

Pengarah Zon Maritim Tawau Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, program yang diadakan di Felda Gugusan Umas itu antara lain adalah bagi mempromosikan peranan dan tugas Maritim Malaysia kepada masyarakat khususnya di kawasan pedalaman negeri ini.

“Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan ke-65 ini, Maritim Malaysia Zon Tawau berjaya mengadakan Program Semarak Merdeka yang diadakan di Felda Gugusan Umas pada Sabtu lalu.

“Selain menyemarakkan lagi suasana sambutan Hari Kebangsaan, Maritim Malaysia juga mahu mempromosikan peranan dan tugas agensi ini sebagai sebuah agensi keselamatan ke  kawasan-kawasan pedalaman di Sabah khususnya dalam komuniti felda,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Shahrizan berkata, program itu turut melibatkan penduduk felda,warga Tadika Kemas Felda Umas, komuniti nelayan setempat dan warga Zon Maritim Tawau.

Katanya, antara aktiviti utama yang dijalankan ialah konvoi Merdeka,gotong royong perdana Tabika Kemas Felda Umas, penyerahan Jalur Gemilang,kempen kibarkan Jalur Gemilang dan aktiviti riadah bersama komuniti setempat.

“Objektif utama program ini diadakan bertujuan bagi memupuk semangat patriotik dan cintakan negara di kalangan masyarakat serta mengukuhkan lagi perpaduan dan keharmonian dalam kepelbagaian budaya rakyat Malaysia.

“Pihak Zon Maritim Tawau turut merakamkan penghargaan atas sambutan yang menggalakkan dari semua pihak yang terlibat khususnya Ketua Kampung Felda Gugusan Umas, Otoh Kanus dan Penyelia Tabika Kemas Felda Umas, Samsuria Nanang serta seluruh komuniti felda yang turut serta bagi menjayakan Program Semarak Merdeka pada tahun ini,” katanya.

Katanya, Maritim Malaysia sentiasa mengekalkan hubungan bersama masyarakat setempat dalam melaksanakan peranan tugas sebagai agensi keselamatan.

“Program di peringkat komuniti dilihat mampu untuk meningkatkan lagi silaturahim Keluarga Malaysia dan bagi pihak Maritim Malaysia kami mengucapkan selamat menyambut Hari Kebangsaan Ke-65 tahun,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup PATI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya