PPD Kota Kinabalu laksana Hari Terbuka esok

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 26 Second

KOTA KINABALU: Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kota Kinabalu akan mengadakan Hari Terbuka PPD Kota Kinabalu selama dua hari bermula esok bertempat di Oceanus Waterfront Mall di sini.

Pegawai Pendidikan Daerah PPD Kota Kinabalu Suhaimi Matshah berkata, program itu merupakan satu usaha kolaboratif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menyebar luas kepada masyarakat berkaitan projek serta inisiatif KPM dalam program ‘Bersama Semarakkan Tranformasi Pendidikan’.

Justeru beliau mempelawa orang ramai khususnya ibu bapa sekitar daerah ini dan yang berhampiran untuk menghadiri memeriahkan program berkenaan.

“Program itu juga adalah bersempena dengan Bulan Kebangsaan 2022 dan turut diadakan secara serentak melibatkan semua PPD seluruh negara.

“Hari terbuka PPD mencakupi tujuh Kluster Program yang terdiri daripada Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran, Inklusiviti Dalam Pendidikan, Perkhidmatan Berteraskan Digital, Pemantapan Model Insan, Kurikulum dan Pentaksiran, Potensi dan Bakar Murid selain Memperkukuh Infrastuktur.

“Selain itu, menerusi program ini juga kita ingin merealisasikan aspirasi Pendidikan kearah kemenjadian murid dan sekolah yang berkualiti,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Suhaimi berkata, Hari Terbuka PPD itu juga mahu merakyatkan Pendidikan untuk semua dan tanggungjawab semua selain memacu Pendidikan yang berkualiti menerusi kreativiti dan inovasi.

Katanya, objektif pelaksanaan program ini juga ini menyampaikan maklumat terkini dasar dan perkhidmatan baharu Pendidikan kepada pemegang taruh, pelanggan dan rakan strategik.

Tambahnya lagi, pihaknya juga mahu mempamerkan inovasi dan pencapaian hasil murid dan guru melalui penerapan elemen Sekolahku Sejahtera.

“Sudah tentu program ini kita mensasarkan kepada ibu bapa, komuniti, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang awam selain pembekal perkhidmatan/pengusaha kantin/kontraktor pembinaan, keselamatan, kebersihan dan penyelenggaraan termasuk warga sekolah.

“Antara yang akan dilaksanakan adalah khidmat pelanggan, booth-booth pameran PPD dan pameran sekolah, pameran rakan strategik, persembahan sekolah, pelbagai aktiviti pertandingan termasuk 3 minutes pitching dari Sekolah Kebangsaan (SK) Sembulan,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *