HomeIsu tempatanKediaman Jamal Jakim jadi tumpuan, ribuan Jalur Gemilang dan bendera negeri dikibar

Kediaman Jamal Jakim jadi tumpuan, ribuan Jalur Gemilang dan bendera negeri dikibar

Read Time:1 Minute, 45 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

BEAUFORT: Setiap kali menjelang bulan kemerdekaan, semangat kibarkan Jalur Gemilang menjadi acara rutin buat keluarga Jamal Jakim yang tinggal di Kampung Jaya Baru Lumadan kira-kira lima kilometer dari Pekan Beaufort.

Orang ramai yang melalui jalan utama masuk ke kampung tersebut sudah pasti akan terpesona melihat ribuan Jalur Gemilang dan bandera negeri-negeri di Malaysia dikibar kelihatan berwarna-warni menghiasi seluruh kawasan halaman kediaman Jamal Jakim yang terletak ditepi jalan itu.

Jamal Jakim bersama keluarga di halaman kediamannya yang dihiasi Jalur Gemilang dan bendera negeri-negeri.

Jamal Jakim, 73, bersama-sama anak cucunya bekerjasama menghiasi halaman rumah dengan bendera dan menyifatkan dengan mengibar Jalur Gemilang sempena bulan kemerdekaan adalah satu perkara wajib dan patut diteruskan kepada generasi akan datang dan mengakui semangat patriotiknya diwarisi dari Allahyarham ayahandanya.

“Semangat patriotik terhadap negara Malaysia saya warisi daripada Allahyarham ayahanda, Jakim Kemin atau Wak Jakim yang bermula dari sebatang bendera, sehingga kini jumlahnya mencecah ribuan bendera menghiasi kawasan halaman kediaman kami setiap kali bulan kemerdekaan,” katanya semasa dihubungi Sabah Media hari ini.

Menurutnya, beliau sangat menghormati bendera-bendera itu, bahkan ada bendera yang telah disimpan rapi sejak 14 tahun yang lalu masih cantik dikibarkan kerana cara penyimpanannya sangat rapi selepas digunakan.

“Saya sangat menghormati bendera-bendera kita, oleh sebab itu selepas digunakan saya menyimpan dan menjaganya dengan rapi untuk memastikan keadaannya tetap elok dan boleh digunakan pada tahun seterusnya,” jelasnya.

Jamal Jakim menunjukkan trofi dan sijil diterimanya sempena Program Keceriaan Bulan Kemerdekaan 2010 Peringkat Kebangsaan oleh Dato’Seri Utama Dr Rais Yatim di Putrajaya.

Jamal yang juga pesara kakitangan Sabah Forest Industri (SFI), Sipitang mempunyai lapan orang cahaya mata pernah menerima trofi dan sijil sempena Program Keceriaan Bulan Kemerdekaan 2010 Peringkat Kebangsaan oleh Dato’Seri Utama Dr Rais Yatim di Putrajaya.

Manakala beilau juga pernah dinobatkan Anugerah Terbaik Pertandingan Keceriaan Merdeka 2011 Peringkat Negeri dan Anugerah Terbaik Pertandingan Keceriaan Merdeka 2011 Peringkat Negeri Kategori Pintu Gerbang.

Beliau menasihatkan kepada seluruh rakyat Malaysia supaya sentiasa tanamkan semangat patriotik kepada negara.

“Semangat ini secara tidak langsung ia akan melahirkan sebuah masyarakat yang bersatu padu dan saling hormat menghormati antara satu sama lain,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS usaha sebar luas pengetahuan berkaitan HIV AIDS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular