HomeUtamaKerajaan Sabah bersedia hadapi Monsun Timur Laut

Kerajaan Sabah bersedia hadapi Monsun Timur Laut

Read Time:57 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan Sabah telah bersiap sedia bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula November tahun ini dan berakhir pada Mac 2023.

Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Seri Sr Safar Untong berkata, seramai 8,432 pegawai dan anggota pelbagai agensi di negeri ini dijangka akan terlibat dalam penugasan bagi menghadapi MTL.

Katanya, ini termasuklah penyediaan pengangkutan logistik sebanyak 928 pengangkutan darat,206 pengangkutan air dan lapan logistik udara.

“Sebanyak 608 lokasi hotspot bencana banjir turut dikenal pasti. 

“Manakala bagi kawasan yang sukar diakses menggunakan laluan darat,  sebanyak 75 lokasi pendaratan helikopter juga disediakan bagi memudahkan urusan pemindahan penduduk dan penghantaran bantuan kepada mangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah di Menara Kinabalu di sini hari ini.

Safar berkata, Kerajaan Negeri telah mengarahkan agar semua Pegawai Daerah selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah sentiasa bersiap sedia.

Katanya, ini termasuklah mengaktifkan Bilik Gerakan Bencana di semua daerah pada bila-bila masa.

“Kerajaan Negeri sentiasa memantau isu-isu berkaitan dan mengambil langkah sewajarnya Bersama’ jabatan dan agensi terlibat bagi memastikan jentera pengurusan bencana di semua peringkat dapat berjalan lancar,”katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya