HomeUtamaKetua Menteri terima kunjungan Duta Besar Malaysia ke Croatia

Ketua Menteri terima kunjungan Duta Besar Malaysia ke Croatia

Read Time:48 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat Duta Besar Malaysia ke Republik Croatia, TYT Kennedy Mayong Onon di pejabatnya di Menara Kinabalu, hari ini.

Kennedy Mayong yang berasal dari Sabah menerima watikah sebagai Ketua Perwakilan Malaysia ke luar negara daripada Yang di-Pertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah pada 15 Jun 2021.

Hajiji yang juga Menteri Kewangan Negeri bangga dengan pelantikan anak Sabah sebagai Duta Besar Malaysia ke luar negara.

“Tidak ramai anak Sabah yang dilantik sebagai Duta Besar Malaysia. Saya bangga kerana anak kelahiran Tuaran ini yang telah diberi kepercayaan menggalas tugas sebagai Duta Besar Malaysia ke Republik Croatia”.

“Kita berharap lebih ramai anak Sabah yang berkelayakan akan dilantik ke jawatan itu pada masa akan datang “, katanya.

Selain Kennedy, seorang lagi anak Sabah yang dilantik ke jawatan itu ialah TYT Francisco Munis dari Papar sebagai Duta Besar Malaysia ke Hungary.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : SDB agresif dalam usaha struktur, pulihkan hutang lapuk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya