HomeSukanPolis sahkan terima aduan pengulas sukan diugut

Polis sahkan terima aduan pengulas sukan diugut

Read Time:47 Second

BERNAMA

CYBERJAYA — Polis mengesahkan telah menerima laporan daripada seorang pengulas sukan di sebuah stesen televisyen swasta berhubung ugutan yang diterima daripada seorang individu di media sosialnya.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Mohd Iqbal Ibrahim berkata, laporan dibuat pada pukul 1 pagi tadi, dan ia dipercayai mempunyai kaitan dengan ulasan lelaki berkenaan dalam sebuah rancangan.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Pengulas sukan itu menerima ugutan melalui laman Instagram ‘antimediababi’ pada 27 Ogos 2022 dan beliau membuat laporan kerana ia mendatangkan kegusaran kepada pengadu sekeluarga.

“Pengadu ada menyentuh berkenaan kemerosotan pemain badminton negara ‘Lee Zhi Jia’ semasa membuat ulasan dalam rancangan ‘Nindia Pak Long’, dan pengadu syak perkara itu mungkin mengundang rasa tidak puas hati pihak-pihak tertentu,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Sebarang maklumat berkaitan kes itu boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Insp Hadi dengan menelefon 016-2745515.

RELATED ARTICLES
Utama

Pendidikan berlandaskan Al-Quran teras lahir modal insan perkasa bangsa, negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya