KYS ungguli perbarisan Kategori Swasta dan Komersial

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:52 Second

KOTA KINABALU : Kumpulan Yayasan Sabah (KYS) berjaya merangkul kejuaraan acara perbarisan kategori Swasta dan Komersial sempena sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Sabah 2022 yang berlangsung di Padang Merdeka di sini semalam.

Acara sambutan dimeriahkan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah RM Jasni.

Hadir sama Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri Datin Seri Juliah Salag serta barisan Kabinet Negeri.Kontinjen KYS merupakan antara 86 buah kontinjen yang menyertai perarakan perbarisan berjaya memperoleh markah penuh 100 peratus.

Hadiah kemenangan disampaikan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Sambutan Hari Kebangsaan peringkat Negeri Sabah 2022, Datuk Seri Masidi Manjun.

Sementara itu, Pengarah Yayasan Sabah, Dato’ Sri Gulamhaidar @ Yusof Khan Bahadar menzahirkan perasaan gembira dengan pencapaian ini dan mengucapkan tahniah kepada kontinjen perbarisan KYS.

Acara sambutan diserikan dengan Pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, perarakan Jalur Gemilang, perarakan bendera-bendera negeri, perarakan 86 kontinjen dari pelbagai agensi, NGO dan jabatan kerajaan, persembahan koir, penyampaian anugerah khas dan persembahan kebudayaan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *