HomePolitikSaya akan jawab di mahkamah, kata haji Hadi  

Saya akan jawab di mahkamah, kata haji Hadi  

Read Time:50 Second

ALOR SETAR: Presiden PAS Abdul Hadi Awang menegaskan beliau akan menjawab segala persoalan berbangkit berhubung kenyataan kontroversinya yang didakwa berbaur perkauman berkaitan isu rasuah di mahkamah.

Beliau juga menyatakan kesediaan untuk dipanggil semula jika diminta pihak polis untuk membantu siasatan lanjut.

“Saya dah dipanggil ke Bukit Aman dan disoal dan (saya) sudah jawab soalan, selanjutnya saya akan jawab di mahkamah.

“Kalau dipanggil (polis) saya pergi lagi,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Muktamar PAS ke-68.

Penjelasan itu pertama kali dibuat Hadi selepas kenyataannya pada 20 Ogos lalu yang mendakwa golongan bukan Islam dan bukan Bumiputera adalah kumpulan majoriti perosak politik dan ekonomi negara.

Dakwaan itu kemudian mencetuskan polemik antara pelbagai pihak yang menyaksikan 28 laporan dibuat terhadapnya dan polis sudah mengambil keterangan Ahli Parlimen Marang itu baru-baru ini.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapikan mana-mana golongan atau kaum serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan atau perkhidmatan rangkaian.

RELATED ARTICLES
PolitikUtama

Kemelut MPN Sabah Akan Diputuskan Dalam Jangka Masa Terdekat – Anwar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya