HomeUtamaHajiji Hadir Majlis Makan Malam & Penyampaian Anugerah BSMM

Hajiji Hadir Majlis Makan Malam & Penyampaian Anugerah BSMM

Read Time:57 Second

TUARAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri Datin Seri Juliah Salag menghadiri Majlis Makan Malam dan Penyampaian Anugerah Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Negeri Sabah di Dewan Seri Sulaman, dekat sini semalam.

Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Datuk Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah R.M. Jasni berkenan menghadiri majlis itu dan menyampaikan anugerah kepada penerima.

Hajiji yang juga Menteri Kewangan Negeri turut menyampaikan Anugerah Sumbangan/Aktif Semasa Pandemik COVID-19 kepada BSMM Daerah-Daerah dan Sijil Penghargaan kepada Penderma Budiman/Penaja.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor (dua kiri) menerima cenderamata daripada Pengerusi BSMM Negeri Sabah, Datuk Asnan Yunus Chung pada Majlis Makan Malam dan Penyampaian Anugerah Bulan Sabit Merah Malaysia Negeri Sabah di Dewan Seri Sulaman Tuaran, semalam. -Foto ihsan JKM

Majlis itu diadakan sempena sambutan Hari Palang Merah/Bulan Sabit Merah Sedunia Peringkat Negeri Sabah 2022.

Majlis turut dihadiri Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Ir Shahelmey Yahya, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Joniston Bangkuai, Timbalan Pengerusi Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Kebangsaan, Dr. Selva Jothi A/L K.Selvadurai dan Pengerusi BSMM Negeri Sabah, Datuk Asnan Yunus Chung.

RELATED ARTICLES
Utama

Juliah santuni anak-anak istimewa PPDK Tuaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya