HomeUtamaPersatuan etnik diseru terus bangunkan budaya, adat tradisi masing-masing

Persatuan etnik diseru terus bangunkan budaya, adat tradisi masing-masing

Read Time:1 Minute, 10 Second

LAHAD DATU : Semua persatuan etnik khususnya di daerah ini dan Tawau diseru untuk terus membangunkan kebudayaan dan adat tradisi masing-masing agar tidak ditelan arus modenisasi.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Arifin berkata, ianya penting agar warisan budaya kepelbagaian etnik dapat terus diperkasa sekaligus dikembangkan menjadi sebuah produk pelancongan budaya yang menarik.

“Kementerian saya sedia bekerjasama dengan semua persatuan etnik yang ada  untuk bersama-sama memajukan sektor pelancongan di seluruh daerah menerusi kekayaan warisan budaya masyarakat setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan selepas menghadiri sesi libat urus bersama persatuan kebudayaan di kedua-dua buah daerah itu di sini baru-baru ini.

Jafry berkata, Kementerian menerusi Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS) juga akan mengambil inisiatif untuk mengenal pasti mana-mana etnik yang mungkin sudah atau semakin pupus di negeri ini namun kaya dengan budaya serta adat tradisi yang berpotensi untuk diketengahkan sebagai produk pelancongan berasaskan warisan.

Kira-kira 30 persatuan etnik hadir dalam sesi libat urus termasuk Persatuan Cocos Sabah, Persatuan Banjar Tawau, Persatuan Seni Budaya Idaan Segama, Persatuan Komuniti Tidung Sabah dan banyak lagi.

Beberapa perancangan masa hadapan yang turut dibincangkan adalah inisiatif untuk memperkasa produk pelancongan menerusi kebudayaan, penganjuran Hari Etnik peringkat negeri Sabah, serta pembinaan dewan budaya dan galeri di daerah Lahad Datu.

Jafry berkata,  usaha itu bukan saja dapat mengekalkan kesenian tradisi, budaya dan warisan tetapi juga mampu beri impak kepada ekonomi masyarakat setempat.

RELATED ARTICLES
Utama

Tun Juhar terima anugerah Sayap Kehormat VAT 69 Komando PDRM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular