HomeUtamaKKM diminta kaji keperluan pembangunan prasarana kesihatan di Sabah

KKM diminta kaji keperluan pembangunan prasarana kesihatan di Sabah

Read Time:1 Minute, 24 Second

KOTA KINABALU:  Kerajaan Sabah meminta agar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melihat dan mengkaji keperluan pembangunan prasarana kesihatan yang terdapat di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ia termasuklah dari segi menarik taraf hospital daerah kepada hospital berpakar dan menaik taraf klinik kesihatan.

“Kerajaan negeri juga mahu agar klinik kesihatan yang masih beroperasi menggunakan bangunan kayu di negeri ini, supaya dinaik taraf dan digantikan dengan bangunan konkrit.

“Ini bagi menampung keperluan rawatan dan perkhidmatan kesihatan kepada penduduk di negeri ini khususnya di kawasan luar bandar. 

“Bagi aspek pembangunan modal insan penduduk negeri Sabah, saya berharap lebih ramai anak muda Sabah diberi keutamaan peluang pekerjaan untuk menceburi bidang kesihatan dan perubatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pelancaran Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat – Sabah Maju Jaya (ANMS-SMJ) peringkat negeri Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini 

Hadir sama Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin; Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif;  Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk Ir Shahelmey Yahya ; Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Rose Nani Mudin.

Dalam pada itu, Hajiji berkata Kerajaan Sabah akan memberi biasiswa dan pinjaman kepada anak-anak Sabah yang akan mengikuti bidang perubatan di institut pengajian tinggi (IPT).

“Dalam hal ini, saya akan minta Yayasan Sabah dan Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri untuk mengambil perhatian serius terhadap permohonan anak Sabah yang mengikuti jurusan perubatan.

“Di samping itu, pertambahan kuantiti pakar-pakar perubatan juga sangat diperlukan di Sabah dan saya berharap perkara ini akan diberi perhatian sewajarnya,” katanya.

Katanya, kerajaan negeri bersama rakan strategik akan terus memberi sokongan dan kerjasama untuk menjayakan pelaksanaan ANMS di negeri ini.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : 12 elemen penting diberi tumpuan tingkat potensi belia...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya