HomeUtamaRM3 juta diperuntuk laksana Klinik Bergerak HUMS

RM3 juta diperuntuk laksana Klinik Bergerak HUMS

Read Time:1 Minute, 38 Second

KOTA KINABALU : Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memperuntukkan sebanyak RM3 juta yang diberikan khas bagi melaksanakan perkhidmatan klinik bergerak Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS).

Pengerusi Lembaga Pengarah UMS Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, peruntukan yang disalurkan itu adalah melibatkan perolehan bagi enam buah kenderaan yang akan digunakan sebagai klinik bergerak.

“Salah satunya adalah klini bergerak yang akan dirasmikan pada hari ini (semalam) dengan kos pembelian sebanyak RM468,000.

“Kenderaan lain yang sedang dalam proses perolehan adalah sebuah Ambulans, dua unit Van, kenderaan Pacuan empat roda dan sebuah Bas Coaster,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Klinik Bergerak HUMS di sini semalam.

Abdul Rahman berkata, perkhidmatan itu adalah selaras dengan selaras dengan pendekatan KPT untuk membawa terus perkhidmatan kesihatan kepada penduduk luar bandar di negara ini khususnya di Sabah menerusi penganjuran Program KPT Prihatin, Komuniti Sejahtera (KRIS).

Katanya, program itu telah diperkenalkan dan mula dilaksanakan melalui hospital-hospital pengajar sejak tahun 2020.

“Ini merupakan bukti komitmen agensi Kerajaan untuk memberikan perkhidmatan kesihatan secara terus kepada masyarakat.

“Melalui Program KRIS, HUMS telah menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan kesihatan seperti rawatan perubatan dan pergigian, promosi kesihatan, saringan kesihatan dan konsultasi ubatan kepada penduduk luar bandar negeri Sabah yang tinggal jauh dari fasiliti kesihatan kerajaan seperti klinik kesihatan dan hospital,” katanya.

Sementara itu, Abdul Rahman berkata, HUMS telah melaksanakan program KRIS bermula pada 31 Julai 2021 sehingga kini dan telah berjaya melaksanakan sebanyak 12 kali Program KRIS yang melibatkan kawasan luar bandar di negeri Sabah.

Antara daerah yang terlibat adalah Tuaran, Kiulu, Kudat, Pitas, Kota Marudu, Labuan, Tawau dan Keningau.

Katanya, pihak HUMS akan terus memberikan perkhidmatan kesihatan melalui program KRIS ini ke setiap daerah di negeri Sabah sehingga hujung tahun 2022.

“Dengan adanya Klinik Bergerak ini, saya yakin pihak HUMS akan terus menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan kesihatan yang selesa dan berkualiti melalui program KRIS kepada penduduk luar bandar di negeri Sabah.

“Secara tidak langsung kualiti kesihatan masyarakat di negeri Sabah sedikit sebanyak akan meningkat menjadi lebih baik,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Australia perkukuh hubungan kerjasama dengan Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya