HomeUtamaJuruterbang helikopter ditemui selamat

Juruterbang helikopter ditemui selamat

Read Time:55 Second

CYBERJAYA — Juruterbang helikopter yang terputus hubungan dekat Bidor semalam ditemui selamat kira-kira 8.20 pagi tadi, kata Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong.

Katanya, pasukan penyelamat sedang berusaha membawa juruterbang tersebut ke Hospital Ipoh untuk menerima rawatan.

“Saya baru sahaja dimaklumkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) bahawa juruterbang helikopter yang terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur semalam telah ditemui selamat di lokasi nahas sekitar Bidor.

“Setinggi penghargaan diucapkan kepada pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta semua yang terlibat dalam operasi Operasi mencari dan menyelamat (SAR) ini,” katanya di Facebook.

Semalam, helikopter jenis Eurocopter EC120B itu terputus hubungan kira-kira 12.16 tengah hari, dengan lokasi terakhir dilaporkan di sekitar kawasan hutan dekat Bidor.

Helikopter itu sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah Ipoh pada 12.37 tengah hari selepas berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang, pada 11.37 pagi.

Setakat ini, pihak berkuasa masih belum mengumumkan identiti juruterbang terbabit.

Terdahulu, Bernama melaporkan operasi SAR dihentikan sementara malam tadi berikutan faktor cuaca tidak mengizinkan dan disambung semula awal pagi tadi.

RELATED ARTICLES
Utama

Nahas Helikopter TLDM : DUN Sabah bertafakur seminit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya