HomeIsu tempatanPNRF rai mantan pengetua kolej kediaman dalam Majlis Jasamu Dikenang

PNRF rai mantan pengetua kolej kediaman dalam Majlis Jasamu Dikenang

Read Time:1 Minute, 24 Second

KOTA KINABALU : Pusat Pengurusan Non Residen dan Fasiliti Perumahan Pelajar (PNRF) telah mengadakan Majlis Penghargaan Jasamu Dikenang bagi meraikan dua mantan pengetua kolej kediaman pelajar.

Mereka adalah terdiri Profesor Madya Dr. Mohamad Nizam Nazarudin dan Wijaya Kamal Ramlan.

Majlis tersebut turut dihadiri semua pengetua kolej kediaman Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan pengarah pusat di bawah Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) UMS.

Ketika berucap pada majlis tersebut, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (TNC HEPA) UMS, Profesor Madya Dr. Raman Noordin mengucapkan jutaan terima kasih atas pengorbanan dan dedikasi yang telah disumbangkan oleh kedua-dua mantan pengetua.

“Pengorbanan dan dedikasi yang telah disumbangkan oleh kedua-dua mantan sangat dihargai dan saya mengharapkan agar mereka akan terus sukses dalam bidang masing-masing,” katanya yang juga menjalankan fungsi Naib Canselor UMS.

Dalam pada itu, Nizam yang menjawat jawatan Pengetua Kolej Kediaman Tun Mustapha merangkap Pengerusi Majlis Pengetua Kolej-kolej Kediaman (MaPEK) UMS sebelum ini berkata, UMS selamanya sangat dekat di hatinya.

“UMS di hati sampai bila-bila kerana di sinilah saya mula terlibat dengan kolej kediaman sebagai felo, timbalan pengetua, pengetua dan pengerusi MaPEK UMS,” katanya semasa memberikan ucapan.

Sementara itu, Wijaya turut mengucapkan terima kasih kepada kakitangan kolej kediaman, PNRF serta TNC HEPA atas kerjasama, tunjuk ajar dan bantuan yang diberikan sepanjang beliau bertugas sebagai Pengetua Kolej Kediaman Luar Kingfisher dan Usia.

Pengarah PNRF, Hasmi Hashim pula berkata, majlis penghargaan tersebut diadakan bagi menghargai sumbangan dan jasa bakti yang telah diberikan sepanjang memegang jawatan di kolej kediaman dan memastikan segala pengurusan kolej kediaman dalam keadaan baik serta selamat.

“Dalam majlis itu juga, Pusat Alumni turut menyumbang wang tunai bernilai RM7,000 untuk diagihkan kepada pelajar Non Residen (NR) yang berkeperluan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Maritim Malaysia tahan bot tunda tangkap ikan di zon larangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular