HomeUtamaPZS rekod kutipan zakat lebih RM90 juta

PZS rekod kutipan zakat lebih RM90 juta

Read Time:50 Second

KOTA KINABALU : Pusat Zakat Sabah (PZS) berjaya mengutip keseluruhan zakat berjumlah lebih RM90 juta yang direkodkan sehingga Isnin lalu.

Yang di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Datuk Seri Yahya Hussin berkata, jumlah tersebut menunjukkan kesedaran orang ramai, badan korporat dan syarikat swasta dalam melaksanakan tanggungjawab mereka mengeluarkan zakat semakin memberangsangkan.

“Kami berharap agar PZS akan berjaya mencapai sasaran kutipan zakat yang ditetapkan bagi tahun ini iaitu sebanyak RM130 juta.

“Bagi memudahkan urusan pembayaran zakat, PZS juga menyediakan pelbagai saluran bayaran antaranya secara atas talian atau datang ke cawangan bahagian zakat dan fitrah di daerah masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Kumpulan FGV Holdings Berhad bagi tahun 2021 di Istana Seri Kinabalu, di sini semalam.

Pada kunjungan tersebut, Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin menyaksikan penyerahan zakat perniagaan yang disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Mohd Nazrul Izam Mansor berjumlah RM9,640,942 kepada MUIS.

RELATED ARTICLES
Utama

Juliah santuni anak-anak istimewa PPDK Tuaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya