SUKMA XX : 15 penembak muda galas cabaran Sabah

Read Time:1 Minute, 42 Second

KUALA LUMPUR: Seramai 15 penembak muda negeri Sabah bakal menggalas cabaran pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XX 2022 yang akan membuka tirai secara rasmi Jumaat ini.

Presiden Persatuan Menembak Sabah (SSA) Tan Sri TC Goh berkata, sukan menembak yang diadakan selama sembilan hari itu akan berlangsung di Lapang Sasar Menembak Subang.

“Kita menyenaraikan pemain termasuk Dexter Dean Juanis sebagai atlet termuda berusia 13 tahun manakala Nurhafizah Didin ialah atlet terus berusia 19 tahun.

“Dexter ialah salah seorang dari tiga anggota pasukan Air Rifle lelaki yang turut dianggotai Ravanelli Rablin, 16, dan Mohamad Hamizan Mohd Firdaus, 17.

“Nurhafizah pula ialah bertang dalam acara Air Rifle bersama Larissa Regina John Tillon, 17, Briana June Daya, 16, Amber Weysha Walter John, 15, Erica Jade Juniol, 17, dan Nur Aina Natasya Anderson, 15,” katanya dalam kenyataan selepas bertemu skuad menembak di Kota Kinabalu semalam.

Turut dalam senarai skuad itu ialah Crystal Leyra Marcellus, 16, Bellina Odette Daya, 15, dan Marion Evra Rablin, 16, semuanya akan menyertai acara Air Pistol wanita dan Sport Pistol wanita.

Xavi Alesandro Nelson, 18, Nicholas Dean Denis, 18, dan Andre Walter John, 17 pula akan bertanding dalam acara Air Pistol dan 50m Pistol lelaki.

Skuad menembak Sabah berlatih di bawah bimbingan jurulatih Denis Egoh @ Ajoh dan penolong jurulatih Hafizol Ayob.

TC Goh berkata, ini adalah pertandingan rasmi kelima disertai selepas SSA dihidupkan semula pada 26 Disember, 2021.

“Salah satu pertandingan yang disertai SSA adalah edisi kedua Kejohanan Menembak Junior Kebangsaan Sportexcel/Milo/NSAM yang berlangsung di venue sama sukan menembak di Sukma, Jun lalu.

“SSA juga menghantar 15 penembak junior pada kejohanan itu “ katanya.

Turut bersama ialah naib presiden SSA Yong Yit Fui, pengerusi jawatankuasa pembangunan junior, Yong Yee Lik dan Denis.

Sambil itu, SSA sedang berusaha menambah atletnya agar ia mempunyai kelompok besar untuk membuat pemilihan penembak berbakat.

“SSA sasar melatih 48 penembak untuk memampukan kami mencapai pingat emas semukategori termasuk bagi senjata .22 dan .177.

“SSA berusaha menyediakan lebih banyak latihan kepada atlet junior..ia adalah sebahagian daripada usaha persatuan mencari bakat muda secara aktif,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.