HomeIsu tempatanSAREX tingkat tahap siapsiaga carilamat maritim

SAREX tingkat tahap siapsiaga carilamat maritim

Read Time:1 Minute, 28 Second

SANDAKAN : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah menganjurkan satu eksesais CARILAMAT ‘Search and Rescue Exercise (SAREX) Tier 2 – Table Top’.

Maritim Malaysia dalam satu kenyataan di sini semalam memaklumkan, eksesais yang diadakan selama dua hari bermula 13 September lalu itu telah diadakan bertempat di Pejabat Zon Maritim Sandakan.

Penganjuran eksesais ini turut melibatkan wakil dari pelbagai agensi keselamatan dan penguatkuasaan dengan peserta seramai 100 orang.

“Antara agensi yang menyertai Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM); Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Laut Malaysia dan Jabatan Perikanan Malaysia.

“Selain itu, turut menyertai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah, Taman-taman Sabah, Majlis Perbandaran Sandakan, Hospital Duchess Of Kent Sandakan dan Sabah Port Sdn Bhd,” menurut kenyataan itu di sini semalam.

Kenyataan itu turut berkata, SAREX merupakan latihan berjadual yang melibatkan kerjasama antara agensi dengan objektif utamanya ialah memperkasakan koordinasi diantara agensi dalam melaksanakan misi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) di laut.

Katanya, latihan simulasi SAREX tahap 2 ini dimulakan dengan kejadian sebuah kapal tangki yang membawa cecair berharga dilaporkan hilang di perairan Sandakan yang kemudiannya bertukar menjadi kejadian rompakan.

“Berdasarkan situasi tersebut, pihak Maritim Malaysia dan agensi yang terlibat telah diuji kepakaran dan kecekapan dalam mengendalikan operasi sebenar di samping kefahaman terhadap prosedur-prosedur carilamat.

“Disamping itu, SAREX kali ini juga amat bertepatan untuk semua agensi yang terlibat membuat persiapan bagi menghadapi Fasa Peralihan Monsun yang berkemungkinan menyebabkan keadaan cuaca tidak menentu yang boleh mengakibatkan insiden tidak diingini berlaku di laut,” katanya.

Latihan-latihan sebegini akan diteruskan dari semasa ke semasa agar kecekapan dan tindak balas daripada semua agensi carilamat sentiasa pada tahap yang tertinggi.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Maritim Malaysia tahan bot lakukan aktiviti pemindahan minyak tanpa kebenaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular